PELAWAK dan penyampai radio, Shuib menyifatkan tuduhan dia 'membunuh' Allahyarham Siti Sarah dengan memaksa arwah isterinya untuk ditidurkan sebagai melampau.
Jelas Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, dia pada awalnya tidak mengambil pusing tuduhan menjadi ahli Freemason, namun tidak dapat menerima apabila didakwa sanggup 'mengorbankan' isterinya.
"Apabila orang tuduh saya sebagai ahli Freemason, saya rasa bodoh sangat (kenyataan itu) dan tuduhan yang tidak berasas. Jadi pada awalnya saya abaikan sahaja.
"Apa yang menjadi penyebab saya bersuara bila mereka libatkan nama arwah Siti Sarah.
"Tuduhan ini melampau! Tentulah saya marah, sebab orang yang saya sayang tak ada dan nampak macam saya yang membunuh isteri saya.
"Saya tahu perjalanan isteri saya sebelum masuk hospital sampailah saya lihat dia dalam beg plastik mayat," katanya ketika ditemui pada sidang media di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri pada Selasa.
Tambah usahawan popular itu, dia memilih untuk tidak memanjang tuduhan yang dibuat Zulhairi Abu Osman, 35, kerana lelaki itu berani untuk bercakap dengannya termasuk bertemu empat mata pada Selasa.
"Saya maafkan awak Zulhairi, saya doakan awak dan harap isu ini tidak mengganggu kerjaya dan keluarga awak.
"Awak berani angkat telefon, berani datang hari ini, kira awak gentle lah," ujarnya sambil bersalaman dengan lelaki yang sebelum ini meninggalkan komen di Facebook mengenai Freemason dan Siti Sarah.
Zulhairi sebelum ini meninggalkan kenyataan pada satu ruangan komen bertulis: "tak sangka eh bekas mat kilang "Ahli F" (merujuk kepada Ahli Freemason) jugak... Pasal arwah SS (Siti Sarah) pun kita tahu dia dipaksa untuk ditidurkan sebab mamat ini nak buktikan pada ibu-ibu mengandung di luar sana yang kalau kau tak cucuk vaks (vaksin), kau berisiko tinggi untuk mati... dan benda itu viral dan berduyun-duyun ibu mengandung yang pergi cucuk. F gunakan artis yang duduk di bawah mereka untuk promosi vaksin, tak boleh ingkar waima ada ahli keluarga sendiri yang perlu dijadikan korban".
Sementara itu, bapa kepada empat orang cahaya mata itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang lagi individu yang menggunakan nama ‘John Dihani’.
Ujarnya, dia sendiri mengetahui nama, alamat serta nombor telefon individu berkenaan yang dilihat bersikap biadab dengan fitnah yang melampau.
“Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.
“Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja,” ujarnya.
Shuib berkata, tindakan undang-undang yang mahu diambil adalah sebagai pengajaran agar perkara yang sama tidak lagi berulang lagi dan netizen tidak akan meninggalkan komen sewenang-wenangnya kepada selebriti lain. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 04 2023

Shuib (kiri) bertemu Zulhairi di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri pada Selasa. -Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 4 Mac 2025.

Mesir kemukakan pelan pembinaan semula Gaza, seru pembentukan pentadbiran peralihan
Pembinaan semula Gaza perlukan pembentukan pentadbiran dan keselamatan peralihan bagi memastikan prospek penyelesaian dua negara dipertahankan.

Nor Farah kini pemain boling padang nombor satu dunia
Berdasarkan kemas kini ranking dunia wanita di World Bowls Series, Nor Farah kini menduduki kedudukan teratas dengan mengumpul 723 mata.
Tumpuan Rabu – 5 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Singapura sahkan terdapat 187 kes keracunan makanan dalam program latihan nasional
Insiden keracunan makanan itu pertama kali dilaporkan di Sekolah Seni Singapura, apabila 20 pelajar mengalami simptom gastroenteritis.

Sekolah antarabangsa tawar pendidikan percuma kepada 66 anak Palestin
Sebuah sekolah antarabangsa persendirian bersetuju menyediakan pendidikan secara percuma kepada 66 kanak-kanak dan remaja Palestin yang berada di Malaysia.

Ukraine mampu bertahan enam bulan tanpa sokongan AS
Ukraine masih bergantung kepada AS bagi beberapa jenis senjata tertentu, termasuk sistem pertahanan udara dan sistem pelancar roket pelbagai jarak jauh.

Malaysia gesa pelaksanaan segera perjanjian gencatan senjata
Malaysia menggesa pelaksanaan penuh dan segera bagi semua fasa perjanjian gencatan senjata di Gaza, termasuk pertukaran tawanan dan tahanan seperti yang dipersetujui oleh semua pihak.

Kes tembakan APMM: Malaysia-Indonesia selesai secara damai - Saifuddin
Malaysia dan Indonesia sepakat menyelesaikan insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Selangor secara damai bagi memastikan hubungan diplomatik kekal terpelihara.

KDN dalam fasa teliti 73 kesalahan dalam SOSMA - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti 73 kesalahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) bagi tujuan semakan semula.

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.

Bubblebee didenda RM17,500 gagal bayar caruman Perkeso
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.

Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.

Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.