PELAWAK dan usahawan, Shuib mendedahkan dia masih lagi mengambil beberapa tawaran seni yang bersesuaian meski fokus utamanya kini terhadap dunia perniagaan, seiring dengan azam tahun baru 2024.
Pernah menggalas tanggungjawab sebagai penyampai radio sebelum ini, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 39, mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.
“Setiap orang mempunyai azam bila tibanya tahun baru dan begitu juga dengan saya. Cuma untuk tahun 2024, komitmen dan fokus saya memang dihalakan kepada perniagaan.
“Ikutkan impian, banyak benda yang saya mahu capai tahun ini dan membuka Restoran House of Patin Melaka ini adalah salah satu impian yang sudah berjaya direalisasikan.
“Walaupun saya sudah meninggalkan konti sebagai penyampai radio, namun itu tidak menjadi ‘signal’ untuk saya senyap terus daripada industri seni.
“Ya, saya masih lagi aktif cumanya buat masa sekarang mungkin ada tawaran yang boleh saya jayakan sekiranya ia tidak ada percanggahan masa dengan kerja-kerja bisnes.
“Macam sekarang, setiap minggu saya ada kerja di luar kawasan atas urusan perniagaan,” katanya yang merancang untuk mengembangkan cabang bisnes ke luar negara, bermula dengan negara jiran.
Baginya, tiada apa yang mustahil. Selagi ada usaha dan keinginan, sudah pasti rezeki akan mengiringi.
“Menerusi Bubblebee misalnya, memang ada perbincangan untuk bawanya ke luar negara. Antara negara yang sedang kami intai termasuk Thailand, Singapura dan Brunei, Insya-Allah.
“Sejak tahun lalu, memang ada perancangan untuk ke arah itu. Doakan moga impian ini akan menjadi kenyataan.
"Progres Bubblebee juga baik ketika ini, alhamdulillah. Iyalah, kalau sesuatu yang kita buat itu menjadi, sudah tentu ia akan bagi kepuasan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shuib turut optimis untuk membawa Restoran House of Patin Melaka yang terletak di Kampung Hulu, Melaka ke tahap yang boleh dibanggakan meski baru sebulan ia beroperasi.
Majlis perasmian Restoran House of Patin Melaka telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
“Saya usahakan restoran ini bersama dua rakan kongsi. Sebelum ini kami mengusahakan restoran lain di lokasi sama, bagaimanapun proses penjenamaan semula telah dilakukan dan lahirlah Restoran House of Patin Melaka," katanya.
-Media Hiburan
Media Hiburan
Wed Jan 03 2024

Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal. -Media Hiburan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Shuib bangga, Talita bakal beraksi di Konsert Ajai & Mega Friends
Anak perempuan pelawak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra diberi peluang untuk mengadakan persembahan di Konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura.

Shuib, pengarah Bubblebee didakwa gagal bayar cukai RM1.6 juta
Syarikat Bubblebee didakwa atas 18 pertuduhan gagal membayar cukai perkhidmatan termasuk penalti berjumlah RM1.6 juta kepada Jabatan Kastam.

Bubblebee didenda RM17,500 gagal bayar caruman Perkeso
Syarikat Bubblebee Sdn Bhd didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin, atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Video ‘throwback’ momen Shuib bersama Siti Sarah di Mekah buat netizen rindu
Antara momen yang dikongsikan di video tersebut memperlihatkan pasangan itu sedang berjalan di dalam Masjidil Haram sambil berbual.

Shuib imbau kenangan ke bazar Ramadan kegemaran arwah Siti Sarah
Shuib berkongsi rutinnya dahulu adalah berkunjung di bazar bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.

Isu KWSP pekerja Bubblebee selesai - Shuib
Isu tunggakan caruman KWSP membabitkan Bubblebee Sdn Bhd dan pekerjanya dianggap selesai selepas kedua-dua pihak mencapai kata sepakat.

Menang saman fitnah, Shuib salur wang ke tabung Palestin
SELEBRITI dan usahawan terkenal, Shuib menang saman fitnah terhadap pengguna media sosial, John Dihani atau nama sebenarnya Md Johan Dihani Mohd Zaidi.

Tinggalkan radio bukan tanda terus senyap dalam industri seni - Shuib
Shuib mengakui kecintaannya terhadap dunia hiburan masih lagi menebal.

Shuib mohon maaf, jumpa KWSP lunas tunggakan caruman pekerja secara ansuran
Shuib mengakui berlaku masalah kelewatan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada kaki tangan syarikat syarikat minuman yang diasaskannya iaitu Bubble Bee.

Shuib nekad teruskan saman fitnah
Shuib tetap dengan pendirian untuk meneruskan saman fitnah yang mengaitkan diri serta arwah isterinya, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin sebagai ahli Freemason.