KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Sharifah Amani Syed Zainal Rashid hari ini menamatkan zaman bujang selepas menikahi Ahmed Faris Amir.
Pelakon yang sangat masyhur menerusi filem 'Sepet' itu disatukan dengan pasangannya dalam majlis akad nikah di sebuah premis acara perkahwinan di sini, sekitar pukul 10.15 pagi ini.
Dengan hanya sekali lafaz, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani, kini memikul tanggungjawab baharu sebagai orang rumah kepada Ahmed Faris yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Impact Integrated.
Pasangan berkenaan dinikahkan bapa Sharifah Amani sendiri, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.
Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan teman rapat.
Pasangan pengantin bagaimanapun merahsiakan jumlah wang hantaran atas permintaan keluarga kedua belah pihak.
Pengantin lelaki turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh.
Antara yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, juga rakan artis termasuk pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri, Prisia Nasution, Nadiya Nisaa’, Megat Shahrizal, Nadia Aqilah, Sherry Alhadad, serta ramai lagi.
Pasangan mempelai juga bakal diraikan dalam satu majlis resepsi di lokasi sama malam ini.
Astro Awani
Sat Sep 10 2022
Ahmed Faris menyerahkan mas kahwin bernilai RM300, serta lima dulang hantaran, kepada Sharifah Amani. - Foto Astro AWANI
Kelindan maut, lori makanan ringan rempuh kren
Mohammad Hairi Ismail, 28, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu lori, Mohamad Azwan Mohd Hishammudin, 30, cedera ringan.
Bayi empat bulan meninggal dunia di taska
Bayi itu dibawa ke klinik oleh pengasuh taska berkenaan dalam keadaan pucat serta didapati kebiruan pada bahagian bibir dan kaki.
Yoon Suk Yeol hadapi cubaan baharu ditahan
Seorang penyiasat utama berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi memecahkan halangan keselamatan dan menangkap pemimpin itu.
Kebakaran hutan makin buruk di Los Angeles, ragut dua nyawa
Angin kencang menyukarkan usaha memadam api dan memburukkan lagi kebakaran yang tidak terkawal sejak ia bermula pada Selasa.
Terengganu catat kemenangan pertama kempen ACC 2024/25 dengan bergaya
Skuad Sang Penyu tetap menunjukkan permainan bergaya dan tidak berdepan masalah untuk selesa mendahului 3-0 pada separuh masa pertama.
38 PATI ditahan di Kinta, Perak Tengah
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 38 pendatang tanpa izin dalam serbuan di 22 premis berasingan di sekitar daerah Kinta dan Perak Tengah pada awal pagi Rabu.
Letupan gegarkan depot peluru di Cuba, 13 anggota tentera hilang - Kementerian
Akibat letupan di gudang senjata dan peluru di perbandaran Rafael Freyre, 13 anggota tentera dilaporkan hilang.
Rangka kerja ekonomi digital disasar muktamad tahun ini
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN menyasarkan untuk memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) tahun ini untuk mempersiapkan rantau Asia Tenggara untuk pendigitalan
Wartawan Itali, Cecilia Sala dibebaskan
Wartawan Itali, Cecilia Sala dibebaskan dari penjara Iran selepas tiga minggu ditahan dan kini dalam perjalanan pulang ke Itali, pejabat Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.
Politik Lubnan: Hezbollah melemah, Parlimen Lubnan pilih presiden baharu
Parlimen Lubnan akan cuba memilih presiden baharu pada hari Khamis, di tengah landskap politik yang bergolak akibat perang antara Israel dan Hezbollah, serta kejatuhan sekutu kumpulan itu, Bashar al-Assad, di Syria.
Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan.
Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.
Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.
Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.
Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.
Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.
Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.
Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.