KUALA LUMPUR: Seramai 10 pasangan diijabkabulkan dalam Majlis Akad Nikah Rahmah bersempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada tarikh istimewa 24 Februari 2024.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bagi meringankan beban golongan B40 sekali gus melaksanakan rancangan yang sejajar dengan inisiatif Jawi untuk meneroka program-program ilmu pembangunan kekeluargaan.
“Setiap pasangan yang diraikan hari ini terdiri daripada golongan asnaf terpilih tetapi keutamaan diberikan kepada mereka yang bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,000.
“Ini merupakan platform terbaik bagi menjayakan agenda pemerkasaan institusi kekeluargaan Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan menerusi penjagaan nasab keturunan yang disarankan oleh syarak.
“Pembentukan keluarga yang bahagia menjadi tunjang kepada pembinaan sebuah masyarakat Madani,” katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan pada Sabtu.
Majlis berkenaan dianjurkan Jawi bersama rakan strategik iaitu, Restoran Ali Maju Sdn Bhd, JAKEL Holdings Sdn Bhd, Dzzling Ummah dan Azraa Gold & Diamond sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun jabatan berkenaan.
Dalam majlis tersebut, pasangan pengantin paling muda yang diraikan berusia 18 tahun manakala paling tua pula berusia 52 tahun.
Mohd Na’im turut menggalakkan umat Islam khususnya orang muda untuk berkahwin susulan statistik jumlah perkahwinan semakin berkurang manakala kes penceraian kian meningkat.
Ujarnya, majlis itu merupakan satu inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia berkahwin daripada meneruskan kehiidupan bujang sehingga tua.
“Dalam majlis hari ini, pengantin lelaki hanya perlu bayar mas kahwin, yang lain semuanya disumbangkan oleh rakan-rakan strategik kami.
“Semoga perkahwinan ini menjadi medan bertambahnya iman serta taqwa dalam diri kalian dan semoga zuriat yang bakal lahir menjadi anak-anak yang soleh dan solehah,” tambahnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 24 2024

10 pasangan yang diijabkabulkan pada Sabtu di Majlis Akad Nikah Rahmah. -Foto Jawi

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tengku Afzan, FD Idzham selamat diijabkabulkan
Anakanda Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar selamat diijabkabulkan.

Tyra Kamaruzzaman kini isteri pereka fesyen, terima mas kahwin RM1,111
Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Kamaruzzaman.

10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah
10 pasangan nikah serentak dalam Majlis Akad Nikah Rahmah

Putera Mateen ucap Selamat Tahun Baharu 2024, Bandar Seri Begawan mula meriah!
Pengiran Muda 'Abdul Mateen Bolkiah mengucapkan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2024.

Bakal suami cabut lari, pengantin perempuan terpaksa kahwin bapa mentua
Lelaki yang sepatutnya menikahi wanita terbabit menghilangkan diri sebelum majlis akad nikah bermula.

Dari peminat jadi suami, Ubai sanggup kumpul duit belanja sekolah nak beli album Shila Amzah
Pempengaruh media sosial, Ubai akui pernah menjadi peminat Shila Amzah, 33, dalam diam sejak tahun 2011 iaitu ketika dia masih di bangku sekolah.

Puteri sulung sah bergelar Isteri, A Aida bercucuran air mata beri ucapan
Dengan sekali lafaz, Wan Az Aleesa sah bergelar isteri kepada Zain pada majlis pernikahan yang berlangsung di Kasturi DManggis kira-kira jam 11.15 pagi.

Cat Farish & Shikin Maembong sah suami isteri dengan sekali lafaz
Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Cat Farish kini bergelar suami kepada cinta hatinya, Shikin Maembong, tepat jam 9.07 malam Khamis.

Sekali lafaz, Aliff Muhaimin sah suami Fatin Alissa dengan mas kahwin RM15,000
Dalam majlis itu, Aliff atau nama sebenarnya Alif Muhaimin Abdul Rahman menyerahkan mas kahwin RM15,000 dan sebentuk cincin.

Lima kali 'blackout' dan 'mic' rosak, ini 12 hal menarik pada majlis perkahwinan Shuib-Watie
Istimewa, dikongsikan beberapa hal menarik sepanjang majlis bahagia pasangan mempelai.