PELAKON dan pelawak, Ebby Yus meluahkan rasa syukur apabila kesihatannya semakin pulih dan doktor pakar memaklumkan paru-parunya tidak perlu ditebuk seperti dirancang sebelum ini.
Jelas Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, berkata, ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Doktor pakar maklumkan pagi tadi, saya tidak perlu menjalani proses menebuk paru-paru bagi mengeluarkan air.
"Selepas lima hari mendapatkan rawatan, doktor kata paru-paru saya semakin pulih dan saya perlu jalani rawatan susulan selepas ini.
"Cuma saya belum pasti bila dibenarkan keluar hospital," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Ditanya adakah dia kepenatan ekoran sibuk mengedarkan bantuan banjir sehingga dimasukkan ke hospital, figura berusia 56 tahun itu menafikannya.
"Sebenarnya saya ke hospital kerana mengalami cirit-birit, tetapi bila jalani pemeriksaan, doktor lihat paru-paru saya ada air.
"Itu yang saya terus ditahan untuk rawatan lanjut," jelasnya.
Sebelum ini, Ebby menjadi antara artis yang terkesan akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat lenyap dibawa arus banjir.
Dek insiden yang tidak terjangka itu, impian Ebby untuk menduduki rumah yang dibina dengan kos RM200,000 tidak kesampaian.
Pada Oktober lalu, pelakon sitkom J.K.K dilaporkan pengsan selepas mengalami serangan jantung ketika dalam perjalanan menunaikan umrah dan ditahan di sebuah hospital di Maldives selama sehari.
Ebby sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit lemah jantung dan buah pinggang yang dihidapinya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Dec 29 2021

Ebby menafikan dia kepenatan ekoran sibuk mengedarkan bantuan banjir sehingga dimasukkan ke hospital. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.

"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, Ebby Yus memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.

"Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis" - Ebby Yus
Selain masalah jantung dan buah pinggang, Ebby juga dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.

Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu
Penghantaran bahan binaan untuk rumah tersebut agak sukar dilakukan kerana masalah jambatan rosak di kawasan itu.

Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu
Apa cerita terbaharu pelawak Ebby Yus selepas hampir 4 bulan mahligai impian lenyap sekelip mata dalam banjir pada Disember 2021?

Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk
Ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di HKL.

Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah
Bencana banjir yang melanda Selangor khususnya di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam rupa- rupanya turut memberi impak kepada penghibur Datuk Zainal Abidin apabila menjadi mansa banjir itu.

Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah
"Orang lain banjir lumpur masuk ke dalam rumah mereka, rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa nak bersihkan lagi."

Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Rumah yang dibina di Kuala Langat itu hanya tinggal 10 peratus untuk siap dan Ebby kerugian hampir RM200,000.