TRAGEDI banjir pada 18 Disember 2021 masih terpahat jelas dalam ingatan.
Ditimpa musibah akibat cuaca ekstrem dan taburan hujan yang tinggi, kediaman pelakon dan pelawak Ebby Yus di Hulu Langat, Selangor turut hancur sekelip mata dek bencana alam yang tidak diduga itu.
Apa cerita terbaharu Ebby menjelang Ramadan, selepas hampir empat bulan mahligai impiannya lenyap?
"Ya, sabar duhai hati, kurang 10 hari lagi, saya akan mendiami rumah sendiri hasil wang titik peluh berdekad lamanya sebagai anak seni.
"Rumah kecil sedikit tetapi cukup untuk berteduh daripada hujan dan panas. Lebih penting, jauh sedikit daripada sungai dan kurang terdedah untuk dihanyutkan lagi,'' kata Ebby, ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Lebar, Hulu Langat, baru-baru ini.
Rumah baharu dibina itu bernilai lebih kurang RM56,000, dibangunkan dengan bantuan kerajaan selepas rumah lama yang diusahakan pembinaannya musnah dalam banjir Disember lalu.
Hanya selepas enam bulan siap pembinaan rumah baharu ini, ia boleh diubah suai mengikut rekaannya sendiri.
"Saya tidak mahu pisang berbuah dua kali, rumah baharu dibina jauh dari tebing sungai, kira-kira 50 meter dari tapak asal.
"Lokasinya lebih ke belakang dan saya harap sangat tiada lagi bah besar berulang seperti 1971 dan tahun lepas," ujar Ebby.
Katanya, selepas enam bulan, rumah baharu itu akan dibina lebih luas dan lebih selesa bagi membolehkan keluarga besarnya berkumpul.
"Masa kejadian ramai kawan-kawan bagi duit. Jadi, saya nak guna duit itu untuk sambung rumah. Lagi pun, biar mereka nampak hasil duit mereka, iaitu saya bina rumah."
"Saya pun secara peribadi mahu bina rumah ikut cita rasa sendiri dan biarlah usaha itu nampak pada rumah itu nanti. Inilah nilai harga pembabitan saya dalam industri seni. Jadi, saya juga tidak lagi menyewa,
"Alhamdulillah jika dapat duduk di rumah sendiri, hasil titik peluh sendiri,'' katanya, penuh harapan.
Bencana banjir 2021 masih tidak dilupakan
Menyegarkan semula ingatan dengan mengimbau peristiwa 18 Disember 2021, Ebby ditimpa insiden menyayat hati apabila rumah kayu yang dibina hasil pendapatan sendiri dengan kos RM200,000 dan hampir siap, musnah sepenuhnya dalam sekelip mata akibat banjir lumpur yang teruk di Hulu Langat, termasuk di kampungnya, Paya Lebar.
"Sepatutnya rumah itu (yang lenyap) jadi tempat perhimpunan keluarga untuk sambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Tetapi semuanya kehendak Allah. Jadi, kita duduk dulu rumah baharu. Nanti boleh ubah suai,'' kata lelaki bujang ini yang menganggap rumah itu sangat istimewa kerana dibina hasil titik peluh sendiri selama tiga dekad dalam gelanggang seni.
Sentiasa bersikap optimis, Ebby mengakui, banyak hikmah dikutip sejak peristiwa banjir menimpa dirinya.
"Sekurang-kurangnya, apabila bencana berlaku, orang tahu rumah saya musnah. Tetapi orang juga tahu, artis juga ada usaha, dan menyimpan wang untuk masa hadapan. Namun setakat itu sajalah pinjaman yang diberikan Allah," katanya.
IKUTI LAPORAN KOMPREHENSIF BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Dia turut mengakui, sifat berlapang dada menerima setiap takdir yang tertulis membuatkan dirinya kuat untuk memulakan fasa baharu dalam kehidupan, demi keluarga tercinta.
Sementara itu, Ebby turut berkongsi hasratnya membina surau kayu di kawasan rumah baharunya itu dan telah mengupah tukang untuk merealisasikannya.
"Tidak lama lagi siap. Awal-awal, saya rasa nak buat pondok, tetapi tukar kepada surau. Boleh solat berjemaah beramai-ramai. Golongan musafir pun boleh menumpang tidur di surau ini, jika mahu," kata anak seni berjiwa besar ini.
Mengenai kerjaya seninya pula, dia akui tidak putus-putus mendapat tawaran berlakon walaupun adakalanya terganggu dengan tahap kesihatan yang kurang menyenangkan.
Ketika ini, Ebby masih giat menjalankan penggambaran program terbitan Astro, Mencari Sepahtu Yang Hilang selain menjadi moderator di Garasi TV.
Malah, secara tetap, dia juga merupakan deejay di Negeri FM setiap Isnin hingga Rabu dan aktif membantu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan bantuan kepada penduduk memerlukan, bersama rakan artis.
"Ada juga saya terima tawaran penggambaran, tetapi ada juga terpaksa ditolak kerana masalah kesihatan. Apabila cuaca panas, mata saya akan berpinar-pinar, sebab itu saya tolak, tidak mahu susahkan sesiapa sebenarnya."
Dimasukkan ke hospital, namun Ebby tabah
Sebelum ini, Ebby disahkan menghidap beberapa penyakit antaranya buah pinggang dan jantung.
Malah dia pernah dimasukkan ke hospital di Maldives selepas serangan jantung di atas pesawat ketika dalam perjalanan ke Mekah, Arab Saudi untuk menunaikan umrah.
"Doakan semuanya dipermudah, rezeki lancar, kesihatan baik. Saya bukan suka meminta-minta cuma inginkan doa daripada semua supaya saya akan terus beristiqamah dengan kekuatan dan kesabaran ini, " kata Ebby mengakhiri perbualan.
Dr Azlinariah Abdullah
Thu Mar 24 2022
Ebby melihat rumah baharu yang bakal didudukinya tidak lama lagi, bernilai RM56,000, dibangunkan dengan bantuan kerajaan, selepas rumah terdahulu dibina dengan kos RM200,000 musnah dalam banjir Disember lalu. - Foto Astro AWANI
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 24 Januari 2025
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
1️⃣ Kes tembak: Seorang maut, empat cedera di Morib
2️⃣ Tindakan tegas jika gagal penilaian deep - KPPA
3️⃣ Empat nama tebusan diserahkan pada Jumaat
#awaniringkas
KDN jadi pemudah cara perhimpunan antirasuah esok - Saifuddin Nasution
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan kelancaran perhimpunan antirasuah yang dijadualkan berlangsung esok di Kuala Lumpur.
Trump 'berlembut' isu tarif China, ringgit cecah paras tertinggi bagi hampir tiga bulan
Ringgit mencecah paras tertinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh hampir tiga bulan pada akhir urus niaga Jumaat.
KKM pantau limau mandarin
Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan pemantauan khas ke atas limau mandarin yang diimport sempena musim perayaan di kesemua 70 pintu masuk negara bermula November lepas.
Dialog Anak Muda: Kalau tak ikut ‘trend’, Hilang kerja
Kepakaran Ai, keselamatan siber dan literasi teknologi antara kemahiran yang dijangka berkembang menjelang 2030.
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Ratusan juta kerja baharu bakal tercipta, anak muda bersedia ubah pemikiran, tambah kemahiran dan tingkat mutu perkhidmatan?
Dialog Anak Muda bersama hos Hawa Rizwana Jumaat 8.30 malam
Samsung lancar siri Galaxy S25, tetapkan piawaian baharu teknologi AI
Siri S25 terbaharu ini memperkenalkan teknologi True AI Companion, menawarkan pengalaman mudah alih paling intuitif dan peka terhadap keperluan pengguna.
AWANI Sabah+: Sabah peneraju CCUS
Sabah antara empat negeri yang dikenalpasti berpotensi menjadi peneraju dalam industri pemerangkapan, penggunaan, dan penyimpanan karbon (CCUS) yang bakal memberi manfaat ekonomi buat negeri itu.
Tirai dilabuh, kini terpulang kepada pemimpin dunia
Najib Arof membawakan perkembangan semasa pada hari terakhir Forum Ekonomi Dunia 2025 di Davos, Switzerland dengan pelbagai isu dunia telah dibincangkan, kini terpulang kepada pemimpin dunia untuk laksana dasar.
Program komedi berdiri Harith Iskander di DFP malam esok batal
Program komedi berdiri membabitkan Harith Iskander yang akan berlangsung di pentas Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada malam esok, dibatalkan.
WEF 2025: Pembangunan ekonomi perlu pelaksanaan berfokus
Pembangunan ekonomi kini menuntut pemahaman semula bukan sahaja soal falsafah, tetapi juga dengan pelaksanaan yang berfokus.
Itu antara rumusan yang dibuat oleh beberapa panelis dalam sesi Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025: Rewriting Development yang dikendalikan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail di Davos, pada Jumaat.
Itu antara rumusan yang dibuat oleh beberapa panelis dalam sesi Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025: Rewriting Development yang dikendalikan Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail di Davos, pada Jumaat.
'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.
"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, Ebby Yus memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.
PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.
"Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis" - Ebby Yus
Selain masalah jantung dan buah pinggang, Ebby juga dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.
Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu
Penghantaran bahan binaan untuk rumah tersebut agak sukar dilakukan kerana masalah jambatan rosak di kawasan itu.
Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu
Apa cerita terbaharu pelawak Ebby Yus selepas hampir 4 bulan mahligai impian lenyap sekelip mata dalam banjir pada Disember 2021?
Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk
Ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di HKL.
Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah
Bencana banjir yang melanda Selangor khususnya di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam rupa- rupanya turut memberi impak kepada penghibur Datuk Zainal Abidin apabila menjadi mansa banjir itu.
Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah
"Orang lain banjir lumpur masuk ke dalam rumah mereka, rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa nak bersihkan lagi."
Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Rumah yang dibina di Kuala Langat itu hanya tinggal 10 peratus untuk siap dan Ebby kerugian hampir RM200,000.