KUALA LUMPUR: Jauh Ebby Yus merenung masa depan memikirkan kata-kata yang keluar dari mulut doktor yang merawatnya baru-baru ini.
Menurut pelakon komedi itu, sekiranya keadaan memaksa, mahu atau tidak dia perlu menjalani rawatan dialisis berikutan penyakit buah pinggang yang dialaminya.
Bukan itu sahaja, bahkan, luah Ebby juga, doktor turut memaklumkan, keadaan jantungnya juga sangat lemah dengan kekuatan sekitar 27 peratus sahaja.
“Baru-baru ini doktor keluarkan air yang telah memasuki paru-paru dan jantung saya. Justeru, doktor mengingatkan saya kalau keadaan memaksa, dialisis adalah pilihan terakhir yang perlu dibuat… begitu juga dengan jantung saya hanya ada kekuatan 27 peratus sahaja,” kata Ebby kepada Astro AWANI ketika dihubungi, hari ini.
Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini selama seminggu kerana keadaan kesihatannya yang menurun.
Selain masalah jantung dan buah pinggang, Ebby juga dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.
Justeru, sepanjang seminggu di HKL, ada beberapa hari Ebby dipantau di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu.
“Sebelum masuk HKL, tubuh saya terlalu lemah sehingga tidak mampu berjalan dan saya juga sesak nafas sehingga terpaksa meminta kawan segera menghantar saya ke HKL.
“Selama di HKL, doktor tebuk keluarkan air dan saya dirawat dalam ICU,” katanya berkongsi cerita.
Sejujurnya, Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, tahap kesihatannya tidak seperti orang normal lantaran komplikasi yang dihadapinya memerlukan rawatan dan pemerhatian berterusan.
Sekalipun diuji dengan dugaan kesihatan, namun, tidak sedikitpun kedengaran keluhan dari mulut seniman berusia 58 tahun itu.
Sebaliknya, Ebby tidak jemu-jemu memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana masih memberi peluang kepada dia untuk menjalani hidup yang baik selain rezeki yang tidak putus buatnya.
“Saya bersyukur kerana masih ada kerja lakonan yang ditawarkan kepada saya. Ada sahaja undangan berlakon komedi yang saya terima… tapi terbatas untuk penggambaran dalam studio sahaja, kalau di luar studio maaf saya tidak dapat menerimanya kerana keadaan kesihatan saya,” ujar Ebby lagi.
Tidak hanya tenang menjawab pertanyaan Astro AWANI mengenai tahap kesihatannya, bahkan, Ebby juga kedengaran sangat ceria.
Kata Ebby, masalah kesihatan yang dihadapinya bukan halangan untuk dia terus ceria selain sentiasa mengingatkan diri agar sentiasa positif.
“Ada banyak hikmah yang mungkin kita tidak sedar, jadi elok sangat kita ceria dan sentiasa positif,” ujarnya lagi.
Astro Awani
Sat Feb 25 2023

Gambar terbaharu yang dikirim oleh Ebby Yus kepada Astro AWANI menerusi aplikasi Telegram hari ini.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

'Kalau ada tawaran, saya terima' - Ebby Yus hilang pendapatan, akui rindu nak bekerja
Jelas Ebby, biarpun diuji dengan masalah kesihatan, dia akan cuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab mencari rezeki dan menyara diri.

"Mohon maaf jika menggores hati orang" - Ebby Yus dedah keadaan kesihatan semakin merosot
Sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan, Ebby Yus memberitahu keadaan kesihatannya kini semakin merosot.

PM Anwar sampaikan sumbangan kepada Ebby Yus, doakan segera sembuh
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pelakon dan pelawak Ebby Yus untuk kegunaan harian dan perubatannya.

"Kekuatan jantung hanya 27 peratus, saya juga diminta bersedia untuk dialisis" - Ebby Yus
Selain masalah jantung dan buah pinggang, Ebby juga dikesan mempunyai masalah saraf dan prostat.

Ebby Yus belum dapat beraya di rumah baharu
Penghantaran bahan binaan untuk rumah tersebut agak sukar dilakukan kerana masalah jambatan rosak di kawasan itu.

Mahligai impian lenyap, Ebby Yus ubati duka bina rumah baharu
Apa cerita terbaharu pelawak Ebby Yus selepas hampir 4 bulan mahligai impian lenyap sekelip mata dalam banjir pada Disember 2021?

Semakin pulih, Ebby Yus bersyukur paru-paru tidak ditebuk
Ujian imbasan sinar-X yang dibuat pada Isnin menunjukkan paru-parunya semakin pulih selepas lima hari mendapatkan rawatan di HKL.

Banjir: Kereta tenggelam, Zainal Abidin tenang terima ujian Allah
Bencana banjir yang melanda Selangor khususnya di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Shah Alam rupa- rupanya turut memberi impak kepada penghibur Datuk Zainal Abidin apabila menjadi mansa banjir itu.

Rumah hilang sekelip mata, Ebby Yus tabah, sabar dan berlapang dada terima ujian Allah
"Orang lain banjir lumpur masuk ke dalam rumah mereka, rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa nak bersihkan lagi."

Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Rumah yang dibina di Kuala Langat itu hanya tinggal 10 peratus untuk siap dan Ebby kerugian hampir RM200,000.