KUALA LUMPUR: Rumah yang dibina sejak empat tahun lalu menggunakan pendapatan yang berbaki 10 peratus sebelum siap sepenuhnya, musnah dalam sekelip mata dek kerana ujian besar, banjir di Hulu Langat, Sabtu lalu.
Bagi pelawak, Ebby Yus, beliau reda dan menerima ketentuan Ilahi serta bersyukur masih dipanjangkan umur dan dapat keluar daripada kawasan berkenaan sebelum banjir melanda.
"Alhamdulillah pada Sabtu itu, tergerak hati Ustaz Ashraf, memanggil saya untuk menjalankan misi bantuan membungkus sumbangan di Bukit Kapar, jadi saya tergerak hati untuk keluar daripada kawasan itu sebelum banjir.
"Dalam perjalanan, penjaga dan kontraktor rumah memaklumkan, air deras mula memasuki rumah hingga ke paras dada dan tidak lama kemudian, saya menerima satu lagi panggilan menyatakan rumah sudah dibawa arus," katanya dalam program Meletop edisi khas Kongsi Kasih terbitan Astro baru-baru ini.
Ebby menambah, ini merupakan ujian buatnya, namun, dugaan yang melanda penduduk sekeliling membuatkan air matanya tumpah.
Penderitaan orang lain, tegas selebriti kesayangan ramai itu, lebih berganda beratnya berbanding apa yang ditakdirkan padanya.
"Ikhlas saya katakan, saya cuba untuk tidak sedih dengan dugaan ini tetapi mengenangkan jiran-jiran dan penduduk setempat lain, saya menitiskan air mata.
"Sekurang-kurangnya susulan (bencana) rumah saya musnah ini, orang tahu bahawa artis juga ada usaha, dan menyimpan wang untuk masa hadapan, namun setakat ini sajalah pinjaman yang diberikan Allah," katanya yang berlapang dada menerima takdir yang sudah tertulis buatnya.
BACA: Banjir: Rumah Ebby Yus yang dalam pembinaan dihanyutkan air
Pada satu ketika, Ebby masih sempat mencuit hati penonton dengan telatah humornya mengatakan di kala rumah orang lain dilanda banjir lumpur, kediamannya pula masuk ke dalam lumpur.
“Rumah orang lain banjir… lumpur masuk dalam rumah mereka kena bersihkan. Rumah saya pula masuk dalam lumpur. Dah bersih terus, tak ada apa yang saya nak bersihkan lagi,” katanya ketawa.
Dalam masa sama, Ebby mengharapkan, orang ramai terus mendoakan dirinya agar dapat beristiqamah dengan kekuatan dan kesabaran ini.
"Saya datang sini bukan untuk merayu atau meminta-minta, tapi cuma inginkan doa daripada anda semua untuk saya terus beristiqamah dengan kekuatan dan kesabaran ini," ujarnya dalam wawancara yang disifatkan netizen sebagai luahan hati yang jujur daripada seorang anak seni yang berjiwa besar.
Wawancara yang dikendalikan oleh dua hos terkenal, Nabil Ahmad dan Elly Mazlein itu menyentuh hati sebilangan besar penonton ketika ditayangkan pada Rabu lalu.
Bukan sahaja Ebby yang begitu sebak ketika berkongsi momen-momen duka itu, bahkan, Nabil juga beberapa kali dilihat mengesat air matanya.
Barangkali, Nabil juga tidak mampu untuk mendasari bagaiman kuat dan tabahnya artis senior itu mengharungi ujian terbesar itu.
Dalam wawancara itu, Ebby turut berterima kasih kepada mereka yang berada di sekelilingnya yang sangat prihatin dengan nasib yang menimpanya.
Sabtu lalu, rumah Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid rebah ke bumi dibawa arus banjir susulan banjir besar di Kuala Langat.
Pembinaan rumah tersebut, kata Ebby, melengkapkan impiannya selama lebih tiga dekad selama berkecimpung dalam gelanggang seni.
Kediaman yang dianggap sangat istimewa buat lelaki bujang itu dengan kos sebanyak RM200,000 yang dibina hasil titik peluhnya.
Astro Awani
Fri Dec 24 2021

Bagi Ebby, dugaan yang melanda penduduk sekeliling lebih berganda beratnya berbanding apa yang Allah uji padanya. - Gambar GEMPAK

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.