Berita itu diumumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Datuk Tony Fernandes menerusi Instagramnya semalam.
"Pengarah baharu kami di AirAsia Indonesia, Raline Shah. Bijak, kreatif dan merendah diri. Jawatan yang sudah bersedia untuk syarikat kami di IPO," tulis Tony.
Tony bagaimanapun belum mendedahkan secara terperinci jawatan Raline dalam syarikat penerbangan itu, begitu juga jurucakap AirAsia Indonesia, Baskoro Adiwiyono.
Raline dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan menetap di Medan, Indonesia.
Pada tahun 2008, Raline mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik Putri Indonesia.
Selain model, Raline juga menyerlah dalam bidang seni suara dan lakonan. Antara filemnya yang mencuri tumpuan ialah 99 Cahaya di Langit Eropah, Supernova dan Surga Yang Tak Dirindukan.
Raline merupakan graduan Sains Politik dan Komunikasi & Media Baru dari National University of Singapore.