KUALA LUMPUR: Kumpulan rock legenda tanah air, Search memberi masa tujuh hari kepada seorang individu bernama Mozylir Mokhtaruddin untuk menghentikan semua kegiatan yang berkait dengan kumpulan rock terkemuka itu.
Dalam satu sidang media menerusi Instagram Live pada Jumaat, ahli kumpulan Search, Nasir; bekas vokalis, Amy dan anak bekas pemain dramnya, Allahyarham Yazit memaklumkan, mereka akan memulakan tindakan undang-undang jika pihak Mozylir gagal berbuat demikian.
Mozylir yang berniaga atas nama ‘Home of Champions’ didakwa telah menggunakan nama Fenomena Search atau imej berkaitan Search bagi menjual pakaian dan aksesori lain termasuk kasut Aliph X Search Edisi 2021.
"Di pihak saya, saya cuma mahu lindungi hak keluarga. Seperti yang dikatakan Uncle Amy, bukanlah bermakna kami tidak terbuka untuk memberi kebenaran kepada anggota menggunakan nama Search.
"Kita boleh bagi (kebenaran) tetapi perlu ada perbincangan dan persetujuan semua," kata anak Allahyarham Yazit yang dikenali sebagai Boy.
Vokalisnya, Amy berkata, banyak perkara perlu diperjelas dan diperincikan sebelum kebenaran menggunakan nama Search boleh diberi.
"Selama ini, kami jaga nama dan branding kumpulan. Ini tak ada kena mengena dengan isu salah faham atau bergaduh tetapi kami mahu betulkan apa yang tidak betul.
"Jangan nanti apabila semua sudah tak ada, waris-waris bertelagah, pihak luar pula ambil kesempatan. Sebab itu kami kena bertegas dengan hak kami dan perjelaskan semua dari sekarang," ujar Amy.
Tambah Amy lagi, beliau juga tidak tahu menahu tentang keuntungan yang sudah dibuat pihak HOC, namun surat yang dihantar peguam mereka ada meminta pihak HOC mendedahkan semua hasil perniagaan menggunakan nama Search.
Kali terakhir Search mengeluarkan album adalah pada tahun 2017 melalui album yang berjudul Katharsis. Album tersebut dikeluarkan oleh Amy, Nasir, Nordin dan Kid manakala arwah Yazit tidak dapat bermain dalam album tersebut disebabkan faktor keuzuran.
Bagaimanapun, kesemua ahli Search telah bersetuju untuk memastikan hak arwah Yazit kepada nama Search dan hasil kerja beliau untuk Search dari tahun 1981 akan diberikan kepada warisnya.
Astro Awani
Fri May 21 2021

Search akan memulakan tindakan undang-undang jika pihak Mozylir gagal berbuat demikian. - fotoBernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Tiada lagi tatalan tanpa henti, paparan muka surat kembali pada keputusan carian Google Search
Sebagai peringatan ciri keputusan carian dengan skrol tanpa henti diperkenalkan pada peranti mudah alih pada Oktober 2021 dan kemudian di desktop pada Disember 2022. Menurut Google ciri klasik ini dik

Menjelang konsert Endemik, aksi hebat Search di AME 2021 bukti otai masih menyengat
Persembahan penuh bertenaga itu menyaksikan Search menggegarkan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan medley empat buah lagu.

Yazit Search terharu rakan 'rockers' XPDC bantu ringankan beban sakitnya
Yazit Search yang turut hadir ke sidang media tersebut dilihat masih lagi uzur dan bertongkat terharu dengan usaha yang dimainkan oleh anggota XPDC.

Terima kasih Astro AWANI, terima kasih MOTAC - Yazid Search
Penderitaan pemain drum Search, Yazid Ahmad atau lebih dikenali Yazid Search yang mengidap komplikasi buah pinggang mendapat pembelaan

Era muzik rock kapak yang dirindui
Muzik rock kini mungkin sedikit terpinggir namun masih ada sebenarnya yang kekal dalam arena perjuangan ini.

Otai berkumpul dalam All Stars, sasar penyertaan 50 'rockers'
Asas penubuhan kumpulan ini adalah untuk menjadikan All Stars sebagai satu platform kepada mana-mana artis lama dalam industri muzik yang mungkin berdepan pelbagai masalah untuk kembali menyinar.

Major quake cuts communications, halts oil and gas operations in Papua New Guinea
At least one company began evacuating non-essential personnel after a powerful 7.5 magnitude earthquake hit Papua New Guinea's energy-rich interior on Monday.

'Search: Phenomena of Rock n Roll' papar 36 tahun perjalanan Search
Lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia muzik tanah air, Search berkongsi cerita suka-duka perjalanan seni mereka dalam buku biografi.

Search pilih album Fenomena untuk diabadikan dalam piring hitam
Kumpulan rock legenda, Search, memilih album Fenomena untuk diabadikan dalam bentuk piring hitam kerana ia mempunyai nilai sentimental tersendiri.

Search gabungkan rock dan cello dalam konsert di Istana Budaya
Panggung berprestij itu bakal digegarkan dengan konsert yang menghadiahkan lebih daripada sekadar tenaga rock & roll.