Pentas gah Istana Budaya bakal melabuhkan tirai 2014 dengan sebuah persembahan konsert daripada kumpulan rock legenda Search pada 4 hingga 7 Disember nanti.
Menakluk panggung berprestij berkenaan dengan Search: Live In Istana Budaya 2014, konsert anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd bakal menghadiahkan penonton lebih daripada sekadar gegaran rock & roll dan slow rock.
Sebagai mengangkat sejarah dan portfolio gemilang Search selama hampir tiga dekad dalam industri, getaran elektrik rangkaian lagu-lagu terbaik Search bakal dipersembahkan bersama bunyi-bunyian dasar yang kaya nilai akustik tulen daripada kumpulan rock cello tempatan, Paladin.
"Saya mencari kelainan dalam persembahan kali ini. Setelah berbincang dengan penganjur, saya memilih Paladin untuk bersama kami di pentas," ujar penyanyi utama, Amy Search yang mahu menghidangkan kelainan kepada penonton yang terbiasa dengan konsep konsert rock yang digabung orkestra penuh.
Tambah Amy, persembahan selama empat malam itu penuh cabaran dan ternyata mempunyai nilai sentimental buat Search.
Dalam sidang media konsert tersebut, penyanyi berusia 56 tahun itu tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan sebak terutamanya apabila berbicara tentang semangat setia kawan dalam kalangan anggota kumpulannya.
Perasaan itu jelas terzahir lebih-lebih lagi apabila merujuk pada semangat kental pemain dram, Yazid Ahmad, yang mahu turut serta dalam konsert tersebut biarpun dilihat belum pulih sepenuhnya daripada masalah komplikasi buah pinggang.
“Itu ialah Yazid. Dia tidak pernah berputus asa. Semangat itu yang membuatkan kami kekal bersama,” ujar Amy yang mahu menjadikan persembahan di Istana Budaya suatu momen istimewa buat semua anggota Search dan para peminat mereka.
Tinggal lebih kurang tiga minggu saja lagi sebelum konsert tersebut berlangsung. Search dan Paladin kini sedang mengejar masa memantapkan titik senyawa dengan memperinci gubahan serta susunan lagu selain mengemas kini repertoire demi menjayakan persembahan selama dua jam itu.
“Kami ini hanyalah pemain cello ‘gila-gila’ yang bermain muzik kerana minat. Kami didatangi Search dan kemudian menjalankan sesi jamming bersama.
“Untuk konsert ini, kami bakal berkongsi pentas dengan sebuah kumpulan rock legenda Malaysia yang hebat. Adakah anda mahu tahu apa yang kami rasa?” ujar ketua Paladin, Florian Antier, yang membiarkan hadirin sidang media menjawab sendiri pertanyaan mengenai keterujaan kumpulan cello lima anggota tersebut.
Menurut pemain bass Search, Nasir Daud, terdapat kelainan tambahan dalam persembahan konsert tersebut iaitu yang melibatkan persembahan dram solo dan juga permainan grafik di latar pentas.
“Kami giat berbincang dengan lebih terperinci tentang segmen khas tersebut. Penonton boleh menjangkakan animasi grafik yang mengiringi aksi pemain dram solo. Begitu juga dengan pemain dram kedua yang bakal menjayakan persembahan," kata Nasir.
Daripada Amy untuk para peminat Search; "Datanglah beramai-ramai ke konsert ini. Nikmatilah nanti buah tangan yang terbaik daripada kami!"
Tiket untuk konsert Search: Live In Istana Budaya 2014 sudahpun dijual sejak 15 Oktober lalu pada harga RM109, RM209, RM309, RM409 dan RM799.
Hamzah Hamid
Wed Nov 12 2014

Anggota Search (barisan belakang) memperkenalkan kumpulan cello tempatan, Paladin. - Astro AWANI/Hamzah Hamid

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.

Perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu disambung semula 15 Dis
Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu akan beroperasi semula pada 15 Dis ini selepas hampir tiga tahun dihentikan susulan pandemik COVID-19.

JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.

Faktor luaran terus dorong ringgit lebih tinggi
Faktor luaran terus mendorong ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama bagi Disember, kata seorang peniaga.

Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.

Kerajaan optimis capai sasaran sifar miskin tegar 2025 - Mustapa
Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada Disember 2025.

Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada.

PRN Sarawak mungkin diadakan pertengahan Disember atau lebih awal - Dr Annuar
Dr Annuar Rapaee berkata beliau menjangkakan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak akan diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan bulan Disember ini.

Kossan kesan pertambahan 563 kes COVID-19, kilang terlibat ditutup hingga 30 Dis
Kossan Rubber Industries Bhd mengesan pertambahan 563 kes COVID-19 pada 21 Disember dan kilang yang terlibat akan ditutup sehingga 30 Disember.