KUALA LUMPUR:Kossan Rubber Industries Bhd mengesan pertambahan 563 kes COVID-19 pada 21 Disember dan kilang yang terlibat akan ditutup sehingga 30 Disember.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, pengeluar sarung tangan getah itu berkata 7,000 lagi pekerjanya telah disaring untuk COVID-19 berikutan kenyataannya pada 16 Disember bahawa 427 kes positif telah dikesan di premis salah satu daripada kilangnya.
Syarikat berkenaan telah menjalankan saringan semula untuk para pekerjanya di premis kilang yang terlibat, katanya.
"Sebanyak 563 kes positif telah dikesan pada 21 Disember setelah saringan semula dijalankan.
"Berikutan usaha berterusan bagi mengurangkan, membendung dan mencegah penularan pandemik, premis kilang yang terjejas akan ditutup sehingga 30 Dis, 2020," katanya.
Kossan berkata ia akan terus memantau situasi dengan rapat dan menjalankan saringan semula secara berterusan.
"Kami memandang serius situasi pandemik dan kesihatan awam dan akan memastikan keselamatan dan kesihatan semua pihak yang berkepentingan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 22 2020

Petugas kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 terhadap pekerja kilang warga asing kumpulan syarikat Kossan di Meru. - Gambar fail/BERNAMA

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Kossan kesan pertambahan 563 kes COVID-19, kilang terlibat ditutup hingga 30 Dis
Kossan Rubber Industries Bhd mengesan pertambahan 563 kes COVID-19 pada 21 Disember dan kilang yang terlibat akan ditutup sehingga 30 Disember.