KUALA LUMPUR: Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada.
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan ETS akan beroperasi dengan 32 perkhidmatan melibatkan 10 laluan KL Sentral-Butterworth, 10 laluan KL Sentral-Ipoh, lapan laluan KL Sentral-Padang Besar, dan masing-masing dua laluan Gemas-Butterworth dan Gemas-Padang Besar.
Perkhidmatan KTM Intercity pula beroperasi dengan 22 servis terdiri daripada dua Ekspres Timuran, enam Ekspres Selatan dan 14 Shuttle Timuran.
"Mulai 1 Julai, perkhidmatan Ekspres Rakyat Timuran akan beroperasi semula dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Tumpat termasuk perkhidmatan Ekspres Selatan yang akan beroperasi dari Stesen Johor Bahru Sentral ke Stesen Gemas," menurut KTMB dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini.
Menurutnya operasi bagi laluan Kempas Baru ke Johor Bahru Sentral sebelum ini ditutup bagi kerja-kerja menaik taraf Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-JB Sentral (PLBEGJB) pada 23 Nov lepas.
"Jualan tiket ini dibuka untuk tempoh enam bulan, bagi membolehkan orang ramai membuat perancangan awal terutama bagi mereka yang akan menyambut Aidiladha, cuti sekolah serta mereka yang merancang untuk bercuti," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Mohd Rani Hisham Samsudin dalam kenyataan sama.
Beliau berkata memandangkan pintu sempadan negara telah dibuka dan kemasukan pelancong dijangka meningkat sehingga akhir tahun ini, pelanggan disaran untuk membeli tiket segera bagi menikmati kadar tambang murah serta memilih tempat duduk.
Sementara itu, pelanggan KTMB boleh mendapatkan diskaun sebanyak RM15 dengan menggunakan kod promo 'CUTIKERETAPI2' bagi perjalanan sehingga 30 Nov serta diskaun tambang perjalanan berkumpulan sebanyak 25 peratus melalui Pakej Keluarga Malaysia menggunakan promo kod 'KMKTMB22' untuk pembelian tiket dewasa atau kanak-kanak.
Pengguna boleh membuat pembelian tiket menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman sesawang KTMB. Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau saluran media baharu rasmi KTMB dan laman sesawang di www.ktmb.com.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 26 2022
![Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651235298_TBETS.jpg)
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA
![Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720342404_Abidin.jpg)
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
![Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720343570_SultanKedah.jpg)
Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.
Usah korban jati diri kerana kuasa, pangkat dan populariti - Sultan Sallehuddin
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah mengingatkan supaya umat Islam jangan mengorbankan jati diri sebagai seorang Muslim semata-mata kerana inginkan kuasa, kekayaan harta benda, pangkat dan populariti.
Isu buli siber dibentang dalam mesyuarat kabinet Jumaat depan
Isu buli siber di platform media sosial akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet Jumaat depan bagi mencari penyelesaian terbaik termasuk aspek perundangan dan penguatkuasaan.
Kerjasama BN-PH ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan sama ada kerjasama antara BN dan PH diteruskan pada PRU-16 atau pun tidak hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi BN.
Isu nasional jadi faktor penolakan PH di Sungai Bakap
Isu nasional yang mendominasikan ayunan terakhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) sungai Bakap dilihat sebagai punca penolakan Pakatan Harapan.
Tuntutan RM100 juta subkontraktor Lebuhraya DASH tidak berasas
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) menegaskan tuntutan lebih 20 subkontraktor yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) bagi mengutip bayaran tertunggak berjumlah RM100 juta yang terhutang kepada mereka secara kolektif daripada syarikat itu adalah tidak berasas dari segi perundangan.
Pengarah filem Mansor Puteh meninggal dunia akibat kemalangan
Pengarah dan pengkritik filem serta budaya, Mansor Puteh, 70, dilapor meninggal dunia selepas kereta yang dipandunya terbabas di Alam Damai, Cheras, pada Ahad.
![Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720343650_WanJunaidi.jpg)
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Fokus Minggu Depan: Astro AWANI terus pacu usaha pemerkasaan PMKS
Hari terakhir siri Jelajah Jiwa SME 2024 menyaksikan kehadiran warga Johor yang tidak melepaskan peluang bagi bersama dalam misi memperkasakan usahawan tempatan.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
Untuk berkongsi suasana di sana, kita bersama wartawan Astro awani, Amzar Alif yang kini berada di Aeon Mall Tebrau City Johor Bahru.
![Lebih 11,000 tiket aksi Perak FC menentang JDT laris dijual Lebih 11,000 tiket aksi Perak FC menentang JDT laris dijual](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697636041_Bolasepak.jpg)
Lebih 11,000 tiket aksi Perak FC menentang JDT laris dijual
Sambutan jualan tiket secara dalam talian menerusi laman sesawang TicketHotline.com.my, amat memberangsangkan.
![MYAirline diarah henti jualan, tempahan tiket - MAVCOM MYAirline diarah henti jualan, tempahan tiket - MAVCOM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697109627_TBGENERICMYAirline.jpg)
MYAirline diarah henti jualan, tempahan tiket - MAVCOM
MAVCOM mengarahkan MYAirline menghentikan segera jualan dan tempahan tiket di semua platform tempahan hingga notis selanjutnya.
![Selepas Tomok buat laporan polis, penganjur konsert dedah tak terima duit tiket RM100,000! Selepas Tomok buat laporan polis, penganjur konsert dedah tak terima duit tiket RM100,000!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686978366_TBtomok.jpg)
Selepas Tomok buat laporan polis, penganjur konsert dedah tak terima duit tiket RM100,000!
Penganjur berjanji akan membayar kembali duit penonton konsert yang menampilkan Tomok, Hazama, Black Hanifah dan Akim Ahmad itu jika mereka terima duit penjualan tiket berkenaan.
![JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660988711_JDTLogo.jpg)
JDT salur hasil jualan tiket perlawanan kepada mangsa banjir di Johor
Kesemua hasil jualan tiket perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, sehingga akhir Ramadan ini disalurkan kepada mangsa.
![Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41674114716_TerminalBersepadu.jpg)
Tiket bas ekspres ke semua destinasi laris sempena cuti Tahun Baharu Cina
Jualan tiket bas ekspres dari bandar raya ini ke semua destinasi di Semenanjung didapati laris sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
![PRU15: Pengundi bersemangat pulang mengundi, jualan tiket melonjak PRU15: Pengundi bersemangat pulang mengundi, jualan tiket melonjak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668248058_TerminalBersepadu.jpg)
PRU15: Pengundi bersemangat pulang mengundi, jualan tiket melonjak
Tiket pengangkutan awam bagi kebanyakan operator pengangkutan awam laris dan hampir habis dijual berikutan pengundi bersemangat untuk pulang ke kampung untuk mengundi.
![Piala Dunia 2022: Fasa terakhir jualan tiket bermula hari ini Piala Dunia 2022: Fasa terakhir jualan tiket bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61664274337_SoccerFootball.jpg)
Piala Dunia 2022: Fasa terakhir jualan tiket bermula hari ini
Fasa akhir jualan tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan bermula pada 27 Sept jam 12 malam waktu tempatan Doha (5 petang Waktu Malaysia).
![Jualan tiket MotoGP belum cecah 50 peratus - SIC Jualan tiket MotoGP belum cecah 50 peratus - SIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/81629112420_AzhanShafrimanHani.jpg)
Jualan tiket MotoGP belum cecah 50 peratus - SIC
Penjualan tiket bermula April lepas sedikit perlahan dipercayai disebabkan ketiadaan pelumba Malaysia dalam penganjuran edisi kali ini.
![Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/61651235298_TBETS.jpg)
Jualan tiket ETS, KTM Intercity bagi Julai hingga Disember dibuka mulai esok
Jualan tiket bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Intercity akan dibuka mulai esok bagi perjalanan dari 1 Julai sehingga 31 Disember tahun ini berdasarkan jadual waktu sedia ada.
![Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000 Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634470325_gajahZooMelaka.jpg)
Jualan tiket masuk Zoo Melaka catat kutipan lebih RM800,000
Kedatangan pengunjung ke zoo tersebut mencecah lebih 1,000 orang sehari, dengan jumlah tertinggi direkodkan semalam iaitu 3,500 orang.