TAPAH: Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada Disember 2025, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata keyakinan itu disandarkan kepada pendekatan baharu melibatkan tindakan bersepadu semua pihak terlibat dan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam mencapai inisiatif tersebut.
"Negara China, dengan 1.4 bilion penduduk pada Februari tahun lepas sudah umumkan mereka bebas daripada miskin tegar. Kita ada rekod prestasi yang baik dalam mengurangkan kadar miskin tegar di negara ini melalui pelbagai pendekatan. Jadi kita boleh capai kerana kita ada sasaran.
"Pendekatan kali ini lebih baik kerana semakin banyak penjelasan yang kita buat dan pantau. Inisiatif membasmi kemiskinan merupakan satu daripada 17 Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ditetapkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (dalam mencapai negara maju).
"Ini bermakna seluruh dunia komited untuk menghapuskan kemiskinan," katanya selepas menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama di antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Koperasi Orang Asli Lata Kinjang Berhad (KOALKB) di Dewan Merdeka di sini hari ini.
Dilapor pada Mac, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi (EPU) sedang melaksanakan Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang bertujuan menghapuskan miskin tegar pada 2025.
Bagi mencapai sasaran tersebut, Unit Kemiskinan khusus ditubuhkan di EPU di negeri dan daerah di seluruh negara menerusi agenda membasmi kemiskinan.
Mustapa berkata ketika ini terdapat 166,000 keluarga miskin tegar di Malaysia, berbanding 251,089 keluarga pada Februari yang didaftarkan mengikut Pendapatan Garis Kemiskinan 2019 per kapita negeri.
"Ia semakin berkurangan. Apa yang penting, kita sediakan taraf hidup yang selesa dan pastikan tiada yang tercicir (menerusi BMTKM)," jelasnya.
Menyentuh program hari ini, beliau berkata NCIA akan membimbing KOALKB untuk membina keupayaan komuniti Orang Asli di Lata Kinjang sebagai projek perintis pembasmian kemiskinan di kalangan mereka.
"Lata Kinjang berpotensi besar untuk dibangunkan kerana terkenal dengan aktiviti perkelahan, laluan denai, selain dilengkapi dengan penginapan dan kemudahan menarik. Ia boleh lebih maju apabila diuruskan KOALKB selain menjana pendapatan untuk Orang Asli," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022

Mustapa berkata keyakinan itu disandarkan kepada pendekatan baharu melibatkan tindakan bersepadu semua pihak terlibat dan pemantauan berterusan bagi memastikan tiada yang tercicir dalam mencapai inisiatif tersebut. - Gambar fail/Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Negeri Sembilan berjaya capai sasaran sifar miskin tegar
Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar melibatkan sebanyak 3,530 Ketua Isi Rumah (KIR), kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.

Kerajaan optimis capai sifar miskin tegar pada 2025 - Mustapa
Ia melalui pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu.

Kerajaan optimis capai sasaran sifar miskin tegar 2025 - Mustapa
Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada Disember 2025.