JITRA: Kerajaan optimis dapat mencapai sasaran sifar miskin tegar pada penghujung tahun 2025 dengan pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata keyakinan itu berdasarkan kesungguhan kerajaan meningkatkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk universiti, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi membantu golongan itu keluar dari garis miskin tegar.
Beliau berkata projek rintis di 80 lokaliti telah pun selesai bagi fasa pertama tahun ini, manakala sebanyak 110 lokaliti terlibat bagi fasa kedua projek itu yang akan bermula pertengahan Oktober ini dengan sasaran membantu kira-kira 5,000 ketua isi rumah.
"(Sehingga 15 Sept lepas) Terdapat seramai 130,709 orang miskin tegar. Kita yakin ia akan berkurangan, kita harus ada cita-cita dan mampu capai yang Malaysia sebagai sebuah negara banyak sumber seperti jabatan dan kerajaan negeri yang akan bersama-sama membantu mencapai hasrat ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Transformasi Komuniti Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) Mohamad Haris Kader Sultan.
Mustapa berkata pihaknya akan membuat pemantauan rapi setiap bulan terhadap pelaksanaan projek rintis itu supaya pendapatan golongan sasar berjaya ditingkatkan.
Selain itu, Mustapa menyarankan pengusaha pelancongan mempromosikan produk mereka dengan lebih agresif dan kreatif dalam usaha menarik minat pelancong tempatan bercuti dalam negara sekali gus dapat meningkatkan aliran wang dalam negara.
Beliau berkata ini kerana pada masa ini dilihat rakyat Malaysia lebih cenderung untuk melancong ke negara luar terutama ke negara jiran seperti Thailand.
"Situasi ini menjadi satu cabaran buat kerajaan dan pemain industri pelancongan untuk lebih agresif dalam mereka membuat promosi...trend ini akan merugikan kita kerana aliran wang keluar akan lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Mustapa berkata pihaknya akan membuat pemantauan rapi setiap bulan terhadap pelaksanaan projek rintis itu supaya pendapatan golongan sasar berjaya ditingkatkan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Negeri Sembilan berjaya capai sasaran sifar miskin tegar
Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar melibatkan sebanyak 3,530 Ketua Isi Rumah (KIR), kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Kerajaan optimis capai sifar miskin tegar pada 2025 - Mustapa
Ia melalui pendekatan baharu yang bersepadu dalam pelaksanaan projek rintis untuk meningkatkan pendapatan golongan sasar itu.
Kerajaan optimis capai sasaran sifar miskin tegar 2025 - Mustapa
Kerajaan optimis untuk mencapai matlamat membasmi miskin tegar secara keseluruhan (sifar) di negara ini seperti dirancang pada Disember 2025.