Lebih tiga dekad bergelumang dalam dunia muzik tanah air, kumpulan rock legenda tanah air, Search, berkongsi cerita suka-duka perjalanan seni mereka dalam buku biografi bergambar Search : Phenomena of Rock n Roll.
Vokalisnya, Suhaimi Abdul Rahman yang lebih dikenali sebagai Amy Search berkata, buku 152 halaman itu bukan sahaja menceritakan pahit manis perjalanan kumpulan tersebut sepanjang 36 tahun malah turut memaparkan gambar-gambar awal pembabitan mereka sebagai anak seni.
"Gambar yang belum pernah diterbitkan di mana-mana pun ada, gambar waktu kami mula-mula sampai KL (Kuala Lumpur) dulu, zaman belum ada duit, belum popular lagi.
"Memang tersentuh bila tengok balik, (gambar) macam tak kenal diri sendiri, macam gelandangan pun ada," katanya sambil disambut hilai ketawa pemberita selepas sesi Meet and Greet Bersama Search, di sini hari ini.
Turut hadir dalam acara tersebut adalah tiga lagi anggotanya iaitu Hamzah Taib atau Kid (gitar utama), Din atau Noordin Taib (gitar) dan Nasir Daud (bass).
Amy turut menyifatkan buku yang mengambil masa kira-kira lima bulan untuk diterbitkan itu sebagai 'hadiah' kepada peminat setia kumpulan itu dan diharapkan menjadi sumber inspirasi kepada generasi muda yang berhasrat menjadikan muzik sebagai kerjaya.
"Kita bermula dengan 'kosong' dan Alhamdulillah mampu bertahan selama 36 tahun dalam industri, kita mahu bila baca buku ini mereka rasa yang mereka pun boleh buat perkara sama dan ia tidak mustahil," katanya.
Menganggap Search: Phenomena of Rock n Roll sebagai naskah pengenalan jurnal perjalanan Search, Amy berkata mereka turut merancang menerbitkan buku biografi yang lebih lengkap dan mendalam pada masa akan datang.
"Seratus lima puluh dua muka surat mungkin tak cukup nak ceritakan perjalanan kami yang dah lebih tiga dekad, kita akan usahakan buat biografi yang lebih tebal, mungkin 500 muka surat supaya lebih terperinci," katanya.
Search ditubuhkan pada 1981 dan dikenali sebagai salah sebuah pelopor muzik rock dalam bidang muzik arus perdana negara pada era 1980-an dan 1990-an.
Antara lagu popularnya adalah Rozana, Pelesit Kota, Kejora dan Isabella.
--BERNAMA
Bernama
Sat May 06 2017

Penyanyi rock Suhaimi Abdul Rahman (dua,kiri) atau dikenali sebagai Amy Search bersama anggota kumpulan Search pada pelancaran buku 'Search: Phenomena of Rock N Roll' di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 pada Sabtu. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search
Amy tergamam terima berita pemergian sahabatnya, Jiman Casablancas.

Konsert Search Fantasia Bulan Salju, beri definisi 'berkelas'
Search beraksi cemerlang di konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars Genting Highlands!

'Ada persamaan dengan arwah Yazit' - Amy perkenal drummer baharu Search berusia 17 tahun
Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.

'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.

'Saya sambut Aidiladha dengan papa' - Nabila Huda lega ibu pilih beraya dengan sahabat
Oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk berkampung di kediaman bapanya Amy Search.

Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.

Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.

Amy Search kini bergelar Datuk
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.

Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search
Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan kepada Sultan Ibrahim.