‘PERANG dingin’ yang terjadi di antara dua vokalis rock legenda tanah air iaitu Datuk Amy Search dan Datuk Awie Wings bukan rahsia dalam kalangan penggiat muzik tempatan.
Namun setelah lebih setahun tidak berkomunikasi, Amy dan Awie mengakhiri ‘perang dingin’ tersebut dengan silaturrahim dan ukhuwah yang lebih baik.
Awie yang menyifatkan hubungan baik yang kembali terjalin sebagai ‘rujuk’ malah bersyukur kerana perasaan marah, sakit hati dan benci antara satu sama lain akhirnya terhapus dengan kemaafan.
“Ya kami sudah ‘rujuk’, alhamdulillah,” jawab Awie ringkas berseloroh.
“Saya rasa bulan ini bulan yang sangat mulia, ada orang mengutuskan seseorang untuk berbincang, saya minta masa fikir dulu dan saya juga ada komitmen.
“Saya fikir juga saya sebagai yang lebih muda akhirnya selepas beberapa minggu kami berjumpa.
“Saya sayang dia sebagai brother, pelopor rock dan dalam Malaysia ini tak ada orang boleh dapat nombor satu kecuali Amy,” tambah Awie lagi.
Awie ditemui media selepas membuat persembahan finale malam pertama pada NUSA FEST yang berlangsung hujung minggu lalu.
Ironi pertemuan dan perdamaian yang terjadi juga diatur oleh Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim dan Opie Sofea sebelum NUSA FEST berlangsung. Wings dan Search menjadi headliners untuk festival tersebut.
Bercerita lanjut, Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
“Bertahun (tak bertegur), sejak Abang Yazit meninggal dunia.
"Saya akur saya orang yang umur lebih bawah, saya pergi jumpa, bermaafan, berpeluk, cium, sebagai adik dan abang sebagai sahabat perjuangan dalam industri.
“Saya pun makin tua, kubur pun sudah memanggil, cukuplah, Syukur,” katanya lagi.
Antara faktor yang membuat hatinya lembut untuk berbaik akui Awie selepas hubungannya dengan bekas isteri, Rozana pulih sekali gus memberi peluang beliau bertemu dua anaknya yang telah lapan tahun tidak bersua.
“Apabila jumpa anak dan bekas isteri, cukuplah zaman perang-perang, benda-benda bodoh ini cukuplah.
"Mana kawan yang bergaduh dengan saya semua kami berbaik balik, saya tak mahu (panjang),” katanya lagi. -Gempak
Gempak
Tue Jul 11 2023
Awie (kanan) yang menyifatkan hubungan baik dengan Amy (kiri) yang kembali terjalin sebagai rujuk malah bersyukur kerana perasaan marah, sakit hati dan benci antara satu sama lain akhirnya terhapus dengan kemaafan. -Gempak
Duta Palestin ke UK alu-alukan waran tangkap terhadap Netanyahu, gesa akauntabiliti penuh
Duta Husam Zomot menyifatkan waran tangkap itu sebagai langkah ke arah pertanggungjawaban dan keadilan untuk Palestin.
Pulau Pinang digesa laksana aktiviti bernilai tinggi untuk kekal kompetitif - Chow
Chow berkata pelaksanaan itu bagi memastikan Pulau Pinang terus berdaya saing dalam pasaran semikonduktor global.
Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu, Gallant
Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, kata Jeremy Laurence.
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Rock Warrior Music Festival, acara muzik epik untuk semua peminat rock
Menampilkan band rock terkemuka seperti Wings, Search (KidDin), dan XPDC, festival ini bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan muzik rock.
PRK Nenggiri: Awie ikrar beri khidmat kepada rakyat tanpa mengira warna politik
Mohd Azmawi berkata tanggungjawab itu pastinya akan digalas sebaik mungkin kerana telah dipilih sebagai wakil kepada semua penduduk di DUN berkenaan.
'Saya hilang banyak masa bersama keluarga' – Awie tutup karier solo dengan konsert Journey
Keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.
Awie mahu kotakan janji, jaga kesihatan demi keluarga
Awie berkongsiperkembangan terkini keadaan kesihatannya selepas menjalani pembedahan membuang tumor di bahagian pinggangnya, pada tahun 2021.
Konsert amal The Legends raih lebih RM100,000, bantu penggiat seni memerlukan
Konsert 'Makan Malam Amal The Legends' yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, di sini malam tadi, berjaya mengumpul dana lebih RM100,000.
Saya tak takut dibenci penonton kerana watak jahat - MK K-Clique
Selain Ben dan MK K-Clique, filem arahan sulung Awie itu turut dibintangi Shiqin Kamal, Noralbaniah, Azlan Komeng dan Awie sendiri.
Rebel: Tak adil kalau tak tengok, dengar komen orang dari luar saja - Awie
Awie memberitahu kisah perjuangan berkaitan kumpulan pertubuhan yang cuba diketengahkan itu sudah lama ada di dalam masyarakat, cuma tidak diketahui saja pergerakannya.
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
'Ini tanggungjawab besar' - Awie kini bergelar pengarah filem aksi
Biarpun idea dan cerita asal filem Rebel ini adalah cetusan daripada dirinya sendiri, Awie menyatakan jalan ceritanya langsung tiada berkaitan dengan mana-mana pihak atau pertubuhan.
Lima rockers otai bergabung bantu Al-Muqwa
Ali XPDC, Ijam Medicine, Datuk Awie, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa bersama Iwan Syahman, Kieran dan Faizal Ismail berkongsi pentas bagi membantu pihak pengurusan mengumpul dana.