SELEPAS kecoh dengan kontroversi berkelakuan tidak senonoh dalam sebuah video di laman sosial, pelakon Fathia Latiff tampil dalam sesi Instagram live untuk meminta khalayak menghentikan kecaman terhadapnya.

Dalam sesi berkenaan, Fathia dilihat menangis sambil meminta orang ramai agar menghentikan fitnah terhadapnya berhubung kontroversi itu.

Kata Fathia, dia masih dalam proses pembelajaran dan cuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik setiap hari.

"Apabila dicaci sebegini, saya rasa lost sebab saya masih belajar .

"Saya amat berharap masyarakat boleh memahami dan mendoakan yang terbaik untuk saya," kata Fathia dalam esakan.

Fathia juga memuat naik sekeping foto yang bertulis I'm only human (saya manusia biasa) ke akaun Instagramnya semalam.


Sebelum ini, sebuah video aksi kurang sopan yang memaparkan seorang pelakon baharu Natasha Elyzza bersama seorang wanita seiras Fathia, tular di media sosial.

Untuk rekod, Fathia belum membuat penafian rasmi tentang perkara tersebut namun Natasha ada menafikan wanita bersamanya ialah Fathia.