PELAKON yang popular era 90-an, Noralbaniah tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai yang masih menyalah anggap dirinya bekerja sebagai tukang cuci (cleaner).
Kata Noralbaniah ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret baru-baru ini, dia masih lagi berlakon sehingga kini, cuma jarang berkongsi mengenai karya lakonannya di media sosial.
“Saya mahu jelaskan saya bukan ‘cleaner’, saya berdiam diri sebab memang itu perangai saya. Saya pernah tulis sekitar empat atau lima tahun lalu, saya makan di restoran mewah pun saya tak cakap, makan bawah jambatan pun tak beritahu.
“Ya saya pernah hidup susah dulu. Mungkin disebabkan saya hanya muat naik apa yang penting saja di media sosial. Saya adalah orang lama, bukan macam budak zaman sekarang.
“Sebenarnya saya orang lama yang tidak aktif di media sosial. Saya tidak banyak memuat naik perkembangan saya di media sosial, meskipun saya sedang menjalani penggambaran,” katanya kepada Gempak.
Iklan lapangan terbang
Noralbaniah akui disebabkan jarang memuat naik perkembangannya di media sosial, ramai juga yang menyalah anggap dia tidak berlakon, sedangkan dia masih lagi menjayakan drama-drama tempatan.
“Baru-baru ini saya menjayakan drama Surat Cinta Untuk Jannah siaran TV Alhijrah. Tapi saya akui sebelum ini ada juga media yang menelefon saya bertanya mengenai isu ‘cleaner’.
“Saya belum lagi buat video menjelaskan perkara sebenar, tunggulah saya menjelaskan nanti bahawa saya bukan cleaner menerusi sebuah video.
“Sebenarnya orang salah anggap gambar saya berikutan iklan di lapangan terbang yang mana bertujuan memberi kesedaran menjaga kebersihan tandas. Tapi ada yang salah anggap, ada yang telefon saya nak berikan tawaran lakonan, tapi ragu saya boleh bekerja atau tidak.
“Bulan lalu pun ada saudara pun tegur benda sama, katanya kasihan pada saya. Ini semua adalah salah faham,” katanya.
Albaniah memulakan kerjaya lakonan pada 1989. Ketika berusia 19 tahun, dia ditawarkan oleh Ahmad Fauzee untuk menjayakan watak Tengku Noraini dalam filem Kolej 56 yang turut dibintangi oleh Raja Rezza Shah, Arif Shamsuddin dan Salwa Abdul Rahman. -- Gempak
Gempak
Fri Jun 16 2023

Kata Noralbaniah dia masih lagi berlakon sehingga kini, cuma jarang berkongsi mengenai karya lakonannya di media sosial. - Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Saya bukan 'cleaner' - Noralbaniah
Pelakon Noralbaniah tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai yang masih menyalah anggap dirinya bekerja sebagai tukang cuci (cleaner).

Anak terlibat dadah, Noralbaniah: Janganlah kata saya salah didik anak
Noralbaniah akhirnya bersuara selepas kecoh isu anak perempuannya ditangkap kerana penyalahgunaan dadah awal tahun ini.