PELAKON Noralbaniah menyifatkan episod hitam yang menimpa anaknya, Syarra Sudarman yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah adalah satu ujian buatnya sebagai ibu.
Kata Noralbaniah dia pada awalnya agak sukar untuk menerima dan berhadapan dengan pertanyaan orang ramai, namun kini hatinya lebih tenang dan menerima ujian Allah itu dengan lapang dada.
“Mana ada ibu bapa yang mahukan anaknya menjadi sebegini. Benda ini berlaku tanpa saya duga. Tapi apa yang terjadi ini, saya terima dan saya reda.
“Mungkin apa yang berlaku hari ini, akan menjadikan seseorang itu lebih baik di kemudian hari.
“Dan ada orang yang menghukum saya, tapi saya terangkan begini, anak saya bukan berusia 18 tahun, kalau 20 tahun ke bawah, saya boleh tegur dia. Tapi dia sudah berusia 28 tahun, jadi janganlah kecam, janganlah kata saya salah didik anak.
“Ini ujian untuk saya, dan alhamdulillah saya kuat.
“Kalau dulu mungkin saya kurang matang, tapi sekarang saya boleh terima dan berhadapan dengan orang ramai. Iyalah dulu bukan ada media sosial, tiada viral semua ini. Sekarang tak boleh buat silap, semuanya naik di media sosial,” katanya ketika ditemui di majlis tayangan filem Vik2ria Secret, baru-baru ini.
Melanjutkan bicara, Noralbaniah berkata Syarra sudah keluar penjara sejak Mac lalu dan kini dalam keadaan yang baik.
“Alhamdulillah dia elok saja. Saya ada pergi melawatnya di Melaka sebelum ini dan kerana dia berkelakuan baik, dia dibenarkan keluar awal iaitu sekitar Mac lalu.
“Anak saya pun bukan calang-calang orang, dia berpendidikan tinggi dan juga lulusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL). Jadi bila terjadi semua ini, saya sedih juga. Ya mungkin salah pilih kawan tapi saya tak mahu cakap lebih sebab ia sudah pun berlaku.
“Itulah satu-satunya anak saya bersama Sudarman. Saya berkahwin dengan Sudarman hanya dua tahun dan tidak berkahwin sampai sekarang, itu orang tak tahu,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan Syarra Sudarman mengaku bersalah atas dua pertuduhan berkaitan dadah dan dikenakan hukuman penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Majistret Saiful Sayoti turut mengarahkan tertuduh menjalani tempoh pengawasan selama tiga tahun.
Bagi pertuduhan pertama, Syarra didapati memiliki dua paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis syabu seberat 1.72 gram di sebuah hotel di Kuala Pilah pada pukul 11.45 pagi, 12 Oktober tahun lalu. Atas kesalahan tersebut dia dikenakan hukuman penjara lapan bulan bermula tarikh ditahan.
Pertuduhan kedua pula dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memberikan dadah jenis amphetamine dan methamphetamine kepada diri sendiri di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah pada pukul 3 petang, tarikh sama.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima bulan bagi kesalahan berkenaan.
Syarra adalah anak kepada Noralbaniah hasil perkongsian hidup dengan bekas pelumba kereta iaitu Allahyarham Sudarman Daud. Sudarman meninggal dunia pada 10 Jun 1996 akibat kemalangan jalan raya.
Gempak
Thu Jun 15 2023

Noralbaniah berkata, anaknya Syarra sudah keluar penjara sejak Mac lalu dan kini dalam keadaan yang baik. - Foto GEMPAK

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Saya bukan 'cleaner' - Noralbaniah
Pelakon Noralbaniah tampil menjelaskan kekeliruan orang ramai yang masih menyalah anggap dirinya bekerja sebagai tukang cuci (cleaner).

Anak terlibat dadah, Noralbaniah: Janganlah kata saya salah didik anak
Noralbaniah akhirnya bersuara selepas kecoh isu anak perempuannya ditangkap kerana penyalahgunaan dadah awal tahun ini.