Selasa genap 1628 hari perginya pengarah terkenal Yasmin Ahmad.

7 Januari ini juga merupakan hari ulangtahun kelahirannya yang ke 56, sekiranya Allahyarham masih ada.

Adakah kita masih mengingati sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan oleh Yasmin menerusi filem-filem arahannya, puisi-puisi nukilannya, iklan-iklan perayaan yang diusahakannya dan aktiviti kemanusiaan yang disokong olehnya?

Sejauh mana karya-karya agung itu ditauladani oleh kita semua sekarang?



Semoga Yasmin Ahmad, insan seni yang telah mencurah keringat selama 18,828 hari tenang di sana. Al-Fatihah.