Penyanyi yang sangat masyhur dengan lagu-lagu irama tradisional, Noraniza Idris, vokalis utama May, Mus serta mantan vokalis May dan Rusty Blade, Yantzen merupakan antara bintang yang bakal menyahut cabaran dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh terbitan Astro.
Turut bersama-sama mengiringi tiga nama besar itu dalam pertandingan yang akan berlangsung dalam suasana norma baharu itu ialah Cliff Umar (Projek Pistol), Aju (Success), Oja dan Nomad.
Tidak ketinggalan ialah penyanyi Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira dan Haslinda.
GV7 yang memperkenalkan tagline 'Mara Suara Membara' juga mempertaruhkan dua buah kumpulan yang pernah popular sekitar tahun 1990-an iaitu Indigo dan Eva.
Program GV seperti yang umum sedia maklum menampilkan barisan penghibur berpengalaman yang pernah masyhur dan diberi kesempatan untuk kembali menjenamakan semula nama mereka di persada seni tanah air.
Untuk musim baharu ini, GV7 akan mula bersiaran pada 11 Oktober ini.
Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Emarina Mohd Kamal, matlamat Astro menerbitkan GV bukan sekadar membawakan sebuah program hiburan yang bersifat ‘feel good’ semata-mata.
Sebaliknya, peranan besar ‘GV’ kata beliau ialah selaku penghubung yang ‘menyatukan’ peminat dunia seni hiburan tanah air.
“Kejayaan GV jelas terbukti ekoran setiap kali musim baharu diterbitkan, program ini sentiasa menjadi sebutan penonton, bahan perdebatan netizen selain mengundang pelbagai ulasan daripada pengamal media, blogger serta pencinta seni tanah air.
“Ini sekali gus meletakkan ‘GV’ di antara program hiburan terbitan Astro yang paling ditunggu-tunggu saban tahun,” kata Emarina dalam sidang media pengumuman bintang baharu GV7 di sini pada Selasa.
Kata Emarina, untuk musim yang terbaharu ini, senarai 14 penyanyi yang akan beraksi di pentas ‘GV’ pada kali ini merupakan gabungan bintang-bintang daripada pelbagai latar belakang.
Pemilihan mereka, jelas beliau, tidak bersandarkan kepada lagu-lagu popular mereka semata-mata, bahkan pengalaman dan reputasi juga turut menjadi antara kriteria utama yang ditimbang tara.
“Bukan itu sahaja, senarai tersebut juga harus memenuhi tuntutan penonton kerana tanpa sokongan mereka, fenomena ‘GV’ tidak mungkin berkembang sehebat sekarang,” kata beliau lagi.
GV kali ini juga masih mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap bersama-sama dengan penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim.
Sementara seorang lagi juri jemputan profesional juga turut diundang khas secara bergilirgillir pada setiap minggu.
Bermula 11 Oktober ini, GV7 akan kembali menjadi igauan penonton-penonton setia program itu dengan dua personaliti terkenal, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masih dikekalkan sebagai pengacara.
Astro Awani
Tue Sep 22 2020

Tiga penyanyi legenda (dari kiri) Yantzen, Noraniza Idris dan Mus (May) akan sahut cabaran dalam program Gegar Vaganza musim ketujuh terbitan Astro. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Astro penyiar rasmi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025
Astro diumumkan selaku penyiar rasmi bagi Kejohanan Trek Berbasikal Asia 2025 yang akan membuka tirainya di Velodrom Nasional Nilai pada 21 hingga 27 Februari depan.

GV11: Pentas akhir terbesar gabung artis legenda Malaysia, Singapura dan Indonesia
Malam kemuncak Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) yang akan berlangsung malam ini bakal menjadi pentas persembahan yang penuh gilang-gemilang.

Perspektif Syafiq Kyle
Meskipun namanya kini menjadi perhatian susulan populariti drama One Cent Thief, Syafiq Kyle tidak terburu-buru untuk menembusi pasaran Asia.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro perkukuh hubungan dengan peminat, raikan #Vaganzers
Astro terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan dengan memastikan setiap program yang disajikan bukan sahaja berkualiti tetapi juga memenuhi selera penonton.

Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.

Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.

Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.

Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.

Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.