Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di Instagram untuk tatapan umum.
Nick yang kini berusia 26 tahun berkata, dia telah mengharungi separuh dari usianya untuk melawan penyakit itu.
Dalam entri tersebut, Nick memuat naik gambar yang membandingkan keadaan fizikalnya terkini dan ketika berusia 13 tahun.
“Gambar di sebelah kiri adalah ketika saya berusia 13 tahun dan beberapa minggu selepas menjalani diagnosis.
“Berat badan ketika itu 45 kilogram sahaja kerana kandungan gula yang tinggi dalam darah.
“Gambar di sebelah kanan pula adalah saya sekarang, sihat dan gembira kerana saya mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Nick turut berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa memberi sokongan terhadapnya.
Dalam perkembangan lain, Nick bakal berkahwin dengan aktres jelita Bollywood, Priyanka Chopra pada bulan hadapan.
Difahamkan, pasangan ini akan mengunjungi Jodhpur, India bersama keluarga mereka sebelum melangsungkan majlis perkahwinan secara besar-besaran.