PENYANYI Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.
Berkongsi mengenai perkahwinannya, Aizat memilih tanggal 14 Ogos ini untuk melangsungkan pernikahan mereka.
Aizat dan Elyssa yang juga merupakan pengurusnya akan mengadakan majlis perkahwinan mereka bertempat A-Park Puchong, Selangor.
“Elyssa ibarat kopi saya, dia banyak memberikan tenaga, menceriakan saya dan mengajar saya untuk tidak pentingkan diri sendiri.
“Sebab saya sejenis orang yang tidak pandai mengekspresikan diri. Dari situ saya banyak belajar dengan dia.
“Dia juga banyak bagi idea, saya sangat gembira sebab saya suka orang yang banyak bagi pendapat.
“Saya berharap agar segala yang dirancang akan berjalan lancar. InsyaAllah saya akan menyanyikan lagu ini pada hari bahagia itu nanti," katanya yang telah merisik bakal isterinya itu pada Februari lalu.
Aizat ditemui ketika majlis perasmian lagu baharu, Hanya Kita Dua bertempat di Indigital Music, Petaling Jaya, Damansara pada Rabu.
Menantikan detik bahagia itu, Aizat juga mendedikasikan lagu berjudul Hanya Kita Dua untuk bakal suri hatinya.
Jelas Aizat, lagu yang sudah diciptakan beberapa tahun lalu itu merupakan kesinambungan daripada lagu Sampai Ke Hari Tua yang seringkali menjadi lagu tema majlis perkahwinan.
“Lagu ini memang bertemakan perkahwinan dan saya ambil kesempatan untuk mendedikasikan lagu ini kepada bakal isteri sempena majlis perkahwinan saya.
"Bukan semata-mata untuk kami tapi saya juga mahu semua pendengar menikmatinya sebagai sebuah karya baharu, segar dan manis pada semua,” jelasnya.
Lagu itu merupakan hasil ciptaan Aizat bersama Mel Ramlan yang juga pencipta yang sama untuk Sampai Ke Hari Tua.
Hanya Kita Dua sudah berada disemua platform digital mulai 3 Ogos manakala lirik video pula ditayangkan secara rasmi pada jam 9 malam menerusi YouTube Aizat Amdan.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Astro GEMPAK
Gempak
Wed Aug 03 2022
Jelas Aizat, lagu yang sudah diciptakan beberapa tahun lalu itu merupakan kesinambungan daripada lagu Sampai Ke Hari Tua yang seringkali menjadi lagu tema majlis perkahwinan. - Foto Astro GEMPAK
Signifikan penangguhan RUU pekerja gig
Pemain industri gig, termasuk Mohd Dzulkarnean dari GoGet dan Rahman Hussin dari KiddoCare, meminta kerajaan menangguhkan pembentangan RUU Pekerja Gig pada Disember depan untuk memastikan kejayaan inisiatif ini dan menghasilkan RUU yang seimbang.
ASB latih skil inovasi, buka ruang pembelajaran langsung
ASB sebagai sebuah institusi tempatan, mengambil pendekatan langsung, memfokuskan pada Pembelajaran Tindakan atau Action Learning.
Yayasan RI salur dana RM6.21 juta pada UM, USIM untuk pembangunan ummah
Kerjasama dengan Universiti Malaya terbit terjemahan Kutub Sittah sementara dengan USIM pula berkolaborasi hasilkan al-quran versi OKU pendengaran.
AWANI Pagi: Lindungi Anak Dari Sentuhan Tidak Selamat
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIPagi bersama Tengku Yasmin Nastasha, Jurucakap, Children’s Protection Society yang akan membincangkan cara mendidik anak-anak tentang sentuhan selamat dan cara menangani sentuhan tidak selamat.
Devan tagih pemain Melaka FC yakin, tunjuk kemampuan saingi lawan lebih kuat
Biarpun pasukannya dianggap 'underdog', mereka tidak berada dalam tekanan untuk melayan kunjungan Sang Penyu di Stadium Hang Jebat.
AWANI Pagi: Turkish Airlines Penghubung Budaya Dunia
Suspek kes buli pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Pelajar senior yang dipercayai terlibat dalam kes buli penuntut tahun satu Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga mangsa mengalami keretakan tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak tiba di mahkamah, di sini, pagi ini.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek berusia 19 tahun yang berdepan dengan pertuduhan di Mahkamah Msjitret 4 itu tiba kira-kira pukul 9.19 pagi.
Dia diiring pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa memaklumkan suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara hingga setahun atau didenda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.
AWANI Pagi: Penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig: Apa Implikasinya?
Saksikan perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia, yang akan mengupas isu penangguhan Rang Undang-Undang Pekerja Gig, serta implikasi terhadap pekerja gig dan industri e-hailing di Malaysia.
AWANI Pagi: Kes Tun Daim: Proses Mahkamah Selepas Kematian
Saksikan analisis eksklusif #AWANIpagi bersama Redza Zakaria, Pensyarah Kanan, Fakulti Undang-Undang, Universiti Malaya, yang akan menjelaskan implikasi undang-undang selepas kematian tertuduh, serta tindakan yang boleh diambil oleh pihak mahkamah dan pendakwaan.
Aizat Amdan umum tarikh perkahwinan, dedikasi lagu buat bakal isteri
Penyanyi Aizat Amdan, 33, mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinannya dengan wanita pilihannya bernama Elyssa Alia Ilias, 34.