KUALA LUMPUR : Selepas menerima sambutan hangat pada tahun lalu, Atas Angin Festival kembali pada tahun ini.
Kemunculan semula Atas Angin Festival 2023 yang bakal berlangsung pada 5 Ogos ini lebih luar biasa
dengan menampilkan 75 barisan artis tempatan yang akan membawakan persembahan-persembahan hebat dari empat buah pentas pada hari yang sama.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Atas Angin Festival 2023 bersedia untuk melakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia.
Bakal diadakan di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.
Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip Kugiran Masdo dan ramai lagi.
Atas Angin Festival bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab dalam membawa muzik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat.
Mengulas mengenai Atas Angin Festival 2023, Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur menjanjikan yang terbaik kepada para pengunjung dan bakal memberi kepuasan maksimum kepada semua.
“Besar harapan kami agar festival ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini akan memberi impak kepada barisan artis lokal, selain dapat membuka mata
pengunjung tentang bakat-bakat yang ada di negara kita.
“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat.
Mengulas mengenai jualan tiket, Bam berkata, setakat ini hampir separuh tiket terjual sebaik sahaja pengumuman mengenai festival ini dihebahkan.
Jualan tiket kini berada di fasa kedua dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com pada harga serendah RM150 bagi ahli dan RM170 bagi yang bukan ahli.
Butiran Acara:
Tarikh: 5 Ogos 2023
Masa: 9 pagi - 1 pagi
Tempat: Rooftop @ 7 MyTown, Cheras
Harga Tiket Festival:
Fasa 1
RM130 (Members) / RM150 (Non Members)
Fasa 2
RM150 (Members) / RM170 (Non Members)
*Harga tidak termasuk yuran pemprosesan RM10
Astro Awani
Sun Jul 09 2023
Bakal diadakan di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Derita rakyat Palestin terbalas jika Netanyahu ditangkap
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Badlishah Sham Baharin berkata, membiarkan Perdana Menteri Israel itu kekal bebas adalah penghinaan terhadap nilai keadilan.
Lebih 30 cedera roda ferris terbakar di festival muzik Jerman
Lebih 30 orang cedera selepas roda Ferris di Festival Highfield berhampiran bandar Leipzig di timur Jerman terbakar pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
RWMF 2024: Kitaro memukau lautan manusia di SCV Santubong
Menggabungkan elemen cahaya dan alat muzik instrumental seperti seruling, ternyata alunan dibawa Kitaro masih memukau.
RWMF 2024: Evolusi muzik, kraf tangan, bengkel. Apa lagi yang menarik?
Pelbagai aktiviti disediakan buat pengunjung ke Taman Budaya Sarawak, Santubong dari 28 sehingga 30 Jun 2024.
Siti Nurhaliza tak kisah sertai festival muzik, terbuka terima pelawaan penganjur
Menurut Siti, pelibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
Perang Palestin-Israel: Angka korban di Gaza meningkat kepada lebih 400, di Israel 600
Serangan balas Israel telah mengorbankan sekurang-kurangnya 413 penduduk di Semenanjung Gaza dengan 2,300 lagi cedera.
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bertempat di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival itu bakal dijayakan 75 artis, berlangsung selama 15 jam dan beraksi di empat pentas.
RWMF diadakan secara maya menerusi Shopee Live
Tahun lalu, festival tersebut dibatalkan berikutan penularan COVID-19 dan kali ini kembali secara maya.
AirAsia dan Lembaga Pelancongan Sarawak anjurkan festival muzik
Kerjasama itu adalah sejajar dengan usaha syarikat yang berterusan bagi meningkatkan kedatangan pengunjung ke Sarawak.
Green Day jawab kecaman 'abai' kematian seorang ahli akrobatik sebelum persembahan
Kumpulan rock Green Day akhirnya menjawab kecaman orang ramai yang mendakwa mereka 'mengabaikan' kes kematian seorang ahli akrobatik di festival muzik Mad Cool.