KALAU mahu mencari bakat baharu, pilihlah yang benar-benar berkualiti.
Itu juga yang ditegaskan oleh Black Hanifah, 35, saat melihatkan satu persatu ‘insiden’ yang berlaku kepada industri ketika ini.
Dia memahami semua orang mahu melakukan gimik untuk melariskan produk sendiri tetapi dalam memilih apa yang harus dilakukan, pelbagai perkara perlu diambil kira pada dasarnya.
"Kita faham, gimik memang baik untuk melariskan lagu, produk dan sebagainya. Tapi kalau boleh, janganlah merendahkan martabat kita sebagai anak seni.
"Nak buat apa sahaja kena fikir baik buruk. Yang menonton bukan sahaja kita sebagai orang tempatan tetapi juga diambil peduli orang luar.
"Kita patut malu dengan apa yang kita buat," katanya.
Tambah Black, untuk mencari bakat baharu bukanlah satu perkara yang sukar memandangkan masih ramai orang di luar sana yang mencari tempat untuk menyinar.
"Mereka yang benar-benar berbakat inilah yang harus dibantu untuk memberikan ruang dan platform bagi mengembangkan potensi diri agar dapat menaikkan mutu industri seni tanah air.
"Nak mencari penyanyi bukanlah satu kerja yang sukar. Kita ada banyak bakat baharu yang terdiri daripada buskers hebat yang ada tepi jalan dan sebagainya.
"Kalau betul nak mencari bakat dan konten yang baik, ambil sahaja mereka. Rasanya itu lebih baik dan akan mendapat reaksi positif daripada semua.
"Kalau nak cari content, pilihlah yang bermaruah," katanya yang baru sahaja melancarkan lagu baharu minggu lalu.
Lagu "Hanya Aku Yang Mencari" sudah dilancarkan secara rasmi pada 11 Februari lalu di semua platform digital manakala, video muzik (MV) pula akan disiarkan secara rasmi pada Jumaat, 8.44 malam menerusi YouTube Nyawa Black TV.
Menariknya, sejak melancarkan lagu tersebut minggu lalu, maklum balas yang diterima cukup positif daripada peminat yang sudah lama menunggu buah tangan terbarunya itu.
"Nak jadi penyanyi kena relevan dengan industri. Saya sendiri perlu mengikut trend dan terus menjaga kualiti untuk diterima baik oleh pendengar.
"Kali ini, saya gembira kerana masih dapat bekerjasama dengan Ajai untuk lagu ini.
"Dia tahu mana kekurangan dan kelebihan saya dan itu memudahkan lagi proses rakaman lagu ini," kata Black lagi.
Paling diingati apabila dia perlu melakukan proses rakaman semula memandangkan ada beberapa bahagian lagu yang dilihat tidak kena dengan suaranya.
"Abang Ajai memang ambil berat dalam proses rakaman. Walaupun lagu tersebut sudah siap, apabila ada bahagian yang tak menepati halwa telinganya, kena rakam semula.
"Saya tak kisah kalau perlu melalui proses rakaman semula. Asalkan hasil akhir akan menjadi lebih baik, saya okay," katanya yang menggunakan lokasi Kuala Selangor sebagai lokasi utama MV tersebut.
Untuk rekod, "Hanya Aku Yang Mencari" merupakan terbitan Inisiatif Seni Kreatif (ISK) dengan kerjasama Wake The Baby dan lagu ini diedarkan oleh Indigital Music.
*Artikel asal di Gempak
Gempak
Sun Feb 20 2022

Lagu "Hanya Aku Yang Mencari" sudah dilancarkan secara rasmi pada 11 Februari lalu di semua platform digital manakala, video muzik (MV) pula akan disiarkan secara rasmi pada Jumaat, 8.44 malam menerusi YouTube Nyawa Black TV.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PRN: Penyanyi Black Hanifah bantu kempen calon BN Sungai Air Tawar
Kempen PRN di kerusi DUN Sungai Air Tawar dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi popular Black Hanifah bagi membantu kempen calon Barisan Nasional Datuk Rizam Ismail.

Gara-gara tuduhan 'cuci duit', Black Hanifah hilang kepercayaan orang terdekat
Penyanyi Black Hanifah mendedahkan tuduhan kononnya memiliki kapal mewah hasil 'cuci duit' atau menggubah wang haram memberi kesan mendalam kepada kehidupannya.

'Percayalah kebolehan anak Melayu' - Black Hanifah jawab dakwaan miliki kapal mewah hasil cuci duit
Isu berkenaan kecoh di media sosial sejak awal minggu ini dan Black akhirnya tampil memberi kenyataan.

Nak bergimik boleh tapi jangan rendahkan martabat anak seni - Black
Untuk mencari bakat baharu bukanlah satu perkara yang sukar memandangkan masih ramai orang di luar sana yang mencari tempat untuk menyinar.

'Ni bukan comel tau, ni cantik' - komen netizen selepas Black dedah wajah anak kedua
Secantik namanya baby girl Black ni.

Achey menggelabah bila isteri hilang dalam gua
Pengalaman itu dilalui sendiri Achey yang tidak tahu ke mana isterinya menghilangkan diri dalam sekelip mata.

Lalui detik cemas kerana durian, Black cuak bayi dalam kandungan tak bergerak
Black Hanifah melalui detik cemas apabila bayi dalam kandungan isterinya tidak bergerak seperti biasa.