Black menerusi akaun Instagramnya memuat naik foto yang merakamkan bayi comel itu sedang tidur.
“Namanya - Rindu Dayyana Binti Hanifah,” tulisnya ringkas.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji kecomelan anak keduanya itu.
“Cantik macam mak dia aih,”- tulis @ezaharip
“Cantiknya baby, dagu lanjut. Cantik,” komen @cikanisdebab
“Ni bukan comel tau, ni cantik. Ya Allah,” coret @zaty_faziraelly
Terdahulu, Black dan Cira telah mendirikan rumah tangga pada 13 September 2013 dan dikurniakan cahaya maya lelaki, Khaleef Dayyan yang kini berusia tiga tahun.