KUALA LUMPUR: Pengarah Syamsul Yusof mengakui filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan tidak sempurna biarpun sudah lima minggu berada di takhta carta pecah panggung filem di Malaysia.
Namun dalam masa yang sama, Syamsul berpendapat undang-undang dan peraturan dalam pembikinan filem harus dilihat dari sudut subjektif kerana sifat seni itu sendiri.
"Filem abang tak sempurna kalau ikut laws and rules of film making. I break all the rules just to please all of you Malaysian audience.
"In fact, siapa yang buat laws in film making? Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah dan amat subjektif pada semua.
"Abang tak pandai. Tapi film makers should follow their heart, not the book. Dan abang percaya, Allahyarham P. Ramlee juga begitu, di mana beliau berkarya mengikut hati seninya," tulis Syamsul di Instagram.
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang sudah 33 hari ditayangkan, kini mencatat kutipan RM90 juta, sekali gus menjadi filem dengan kutipan tertinggi di negara ini, mengatasi Avengers: End Game yang mengutip RM87 juta.
"Saya dan seluruh team amat terharu. Terima kasih penonton masih terus memberi kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya sebelumnya. Sejak dari filem pertama hingga sekarang. Insya-Allah, semoga terus diberi ilham untuk filem akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.
"Telah terbukti beberapa kali, karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri. Ini harapan baharu sinema tempatan dan buat semua anak seni tanah air. Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi kita sama-sama majukan industri seni Malaysia," katanya.
Sejak mula ditayangkan pada 23 Jun lepas, filem yang diinspirasikan daripada sejarah tanah air itu telah berjaya menjadi antara perbualan utama di media sosial selain membangkitkan semangat kepahlawanan apabila ramai yang berbusana Melayu ketika hadir ke pawagan.
Filem yang melibatkan kos RM8 juta itu dibarisi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Wan Hanafi Su, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Mubarak Majid, Shaharuddin Thamby, Namron, A. Galak, Ellie Suriaty, Khir Rahman dan pelakon Indonesia yang mencipta nama di Hollywood, Yayan Ruhian.
Astro Awani
Mon Jul 25 2022
![Mat Kilau cecah RM90 juta, Syamsul Yusof akui filemnya tidak sempurna Mat Kilau cecah RM90 juta, Syamsul Yusof akui filemnya tidak sempurna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658727067_syamsulyusofMatK.jpg)
Syamsul berpendapat undang-undang dan peraturan dalam pembikinan filem harus dilihat dari sudut subjektif kerana sifat seni itu sendiri.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Perceraian bukan satu trend, kata Puteri Sarah Perceraian bukan satu trend, kata Puteri Sarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730953520_TBPuteriSarah.jpg)
Perceraian bukan satu trend, kata Puteri Sarah
"Tidak ada mana-mana pasangan suami isteri yang mahu rumah tangga mereka berakhir dengan kekecewaan."
![Alhamdulillah, happy ending - Puteri Sarah syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga Alhamdulillah, happy ending - Puteri Sarah syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71727073474_puterisarah.jpg)
"Alhamdulillah, happy ending" - Puteri Sarah syukur Syamsul Yusof pulang ke pangkuan keluarga
Pelakon Puteri Sarah Liyana melahirkan rasa syukur apabila bekas suaminya Syamsul Yusof sudah kembali ke pangkuan ibu bapanya.
!['Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga 'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726373137_YusofHaslam.jpg)
'Saya nak kedamaian' - Yusof Haslam gembira Syamsul kembali ke pangkuan keluarga
Yusof berkata dia sentiasa menghormati pilihan yang dibuat oleh anak sulungnya itu dan tidak pernah berharap agar Syamsul berpisah dengan Ira.
![Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726090546_SyamsulYusofkelua.jpg)
Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa
Perkongsian itu sedikit sebanyak memberikan gambaran bahawa Syamsul sudah berbaik dengan ibu bapa dan Puteri Sarah demi anak-anak.
![Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726054750_SyamsulSarah.jpg)
Sudah 'move on', Puteri Sarah enggan komen perceraian Syamsul Yusof
Sarah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perceraian bekas suaminya itu dengan Ira Kazar.
![Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41725511147_SyamsulYusof.jpg)
Syamsul Yusof, Ira Kazar sah cerai talak satu
Mahkamah mengesahkan berlakunya pelanggaran lafaz taklik selepas Ira mengakui membuat hantaran di media sosial.
![Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724749334_syamsulyusof.jpg)
Mahkamah tetapkan tarikh baharu sebutan kes cerai Syamsul Yusof-Ira Kazar pada 25 Sept
Sebutan kes perceraian pengarah dan pelakon Syamsul Yusof ditetapkan ke tarikh baharu iaitu 25 September depan.
![Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724741777_irakazar.jpg)
Peguam maklumkan Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar
Peguam mewakili pengarah dan pelakon Syamsul Yusof memaklumkan anak guamnya sudah bersedia untuk melepaskan isterinya, Ira Kazar.
![Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724067250_Syamsulyusofiraka.jpg)
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.
!['Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri 'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717745062_irakazar.jpg)
'Hilang' seketika, penampilan baharu Ira Kazar nampak lebih berseri
Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.