SUDAH agak lama tidak mendengar khabar tentang isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.


Ringkasan AI
  • Ira Kazar, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, telah lama mendiamkan diri dan tidak lagi memuat naik video masakan ringkas di TikTok, membuatkan ramai tertanya-tanya perkembangan terkininya.
  • Dalam video pendek yang dikongsi di akaun Instagram pada Khamis, Ira kelihatan berseri dan badannya sedikit berisi. Ira juga kelihatan sedang bermain dengan seorang anak kecil, tetapi tidak menjelaskan siapa bayi tersebut.
  • Wujud khabar angin bahawa Ira sedang berbadan dua dan pengarah popular itu mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya. Namun, usia kandungan Ira tidak diketahui.
  • Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.


Jika sebelum ini Ira sering memuat naik video masakan ringkas dan memenuhi permintaan pengikutnya berkongsi pelbagai jenis resepi mudah di TikTok, namun wanita itu sudah lama mendiamkan diri secara tiba-tiba.
 

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengenai perkembangan terkini Ira.

Bagaimanapun, Ira secara tidak langsung berkongsi tentang penampilan baharunya di akaun Instagram pada Khamis.

Menerusi video pendek yang dikongsi, jelas merakamkan wajah Ira yang kelihatan berseri selain bentuk badannya juga sedikit berisi.

Dalam video tersebut, Ira sedang tersenyum sambil bermain dengan seorang anak kecil.

Namun, Ira tidak pula menjelaskan siapakah gerangan bayi comel yang bersamanya dalam video berkenaan.

Terdahulu, heboh khabar angin mengatakan Ira kini sedang berbadan dua. Malah ada dakwaan mengatakan, pengarah popular itu mengalami alahan sepanjang tempoh kehamilan isterinya.

Bagaimanapun, usia kandungan Ira tidak diketahui.

Syamsul mendirikan rumah tangga dengan Ira Kazar yqng juga merupakan anak kepada aktor Kazar Saisi pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand.

Sebelum ini Syamsul pernah berkahwin dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 14 Jun tahun lalu selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.