BIARPUN masih punya trauma selepas menerima ugutan bunuh daripada penganjur persembahan beberapa bulan lalu, kumpulan Radja tidak serik bertemu peminat di Malaysia.
Radja yang dianggotai Ian Kasela, Seno Aji dan Mouldyanshah Mulyadi menerima ugutan bunuh sewaktu membuat persembahan di Johor Bahru pada Mac lalu.
“Sebagai manusia biasa wajar untuk ada rasa trauma. Pasti ya, memang ada trauma. Dan memang insiden kelmarin itu sangat mengganggu.
“Tapi Malaysia adalah rumah kedua kami. Tidak mungkin kami tidak kembali atau datang ke sini lagi.
“Di media sosial juga masih banyak peminat yang mahu Radja kembali mengadakan konsert di Malaysia,” ujar vokalis Radja, Ian Kasela.
Ian, 49, menambah insiden yang berlaku juga tidak mahu dijadikan ‘beban’ buat Radja bergerak ke depan.
“Kami mahu move on dan berfikiran positif kerana jika bercakap soal wajar atau tidak wajar pemuzik berdepan isu (ugut bunuh), ia di luar kuasa kami.
“Tapi yang pasti Radja sentiasa mahu berkunjung ke Malaysia lagi,” katanya.
Gitaris Radja, Mouldy pula memberitahu mereka sudah memaafkan penganjur.
“Radja telah memaafkan penganjur. Tapi kami belum pernah menerima permohonan maaf secara langsung daripada pihak merekq,” jelas Mouldy.
Namun sebagai bukti Radja sangat menghargai peminat di tanah air, kumpulan yang terkenal dengan lagu Jujur tersebut akan melangsungkan Live in Concert Radja pada 12 November 2013 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
Sementara itu, selaku penganjur, Orange International Entertainment juga memberi jaminan kawalan keselamatan buat Radja akan diperketatkan sepanjang kumpulan tersebut berada di bawah jagaan mereka.
CEO & Pengasas Orange Entertainment International, Datuk Fadzli Idrus malah menyifatkan inisiatif membawa Radja kembali ke Malaysia sebagai jalan menjernihkan keadaan.
“Kami memang telah berbincang dengan Radja dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Puspal.
“Kami percaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sentiasa ada.
“Kami boleh pastikan kawalan keselamatan terhadap mereka akan dipertingkatkan dan usaha membawa Radja kembali ke Malaysia adalah untuk menjernihkan keadaan.
“Kami tidak mahu ada salah faham tentang penganjur atau peminat Malaysia yang sentiasa menyokong Radja,” ujarnya sewaktu ditemui pada sidang media Live In Concert Radja di Restoran Rebung, siang tadi.
Konsert Live In Concert Radja akan menampilkan Ella sebagai penyanyi undangan.
Tiket-tiket berharga RM168, RM148, RM198, RM238 dan RM528 boleh dibeli di ticket2u.com.my. -Gempak
Gempak
Thu Oct 05 2023
Kumpulan Radja akan melangsungkan Live in Concert Radja pada 12 November 2013 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. -Gempak
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
'Malaysia rumah kedua kami' - Radja kembali walau trauma diugut bunuh
Radja menerima ugutan bunuh sewaktu membuat persembahan di Johor Bahru pada Mac lalu.
Radja bikin konsert bersama Ella di Kuala Lumpur 12 Nov ini
Kedatangan Radja kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dengan juga peminat.
Pemilik syarikat didakwa ugut bunuh kumpulan rock Radja
C.S. Muremthiran mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.