JOHOR BAHRU: Seorang pemilik syarikat pengurusan acara dihadapkan di Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Rabu atas pertuduhan membuat ugutan jenayah dan ancaman bunuh terhadap kumpulan rock Indonesia, Radja, pada malam sabtu lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, C.S. Muremthiran mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki berusia 37 tahun itu didakwa telah melakukan ugutan jenayah, dengan mengancam mahu membunuh Ian Kasela, 49, Seno Aji Wibowo, 37, dan Mouldyanshah Mulyadi, 49, dengan niat menyebabkan ketiga-tiga mereka berasa cemas.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di dalam bilik rehat artis, Stadium Arena Larkin, Jalan Dato Jaafar, Johor Bahru, sekitar 11 malam, pada 11 Mac lalu.
Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh diwakili peguam Amarpreet Singh.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 3 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Sabtu lalu, Kumpulan muzik terkenal Indonesia, Radja Band menzahirkan rasa kekecewaan selepas menerima ancaman bunuh selepas selesai mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru.
Insiden kekecohan yang berlaku pada sekitar jam 11.15 malam itu dikatakan tercetus susulan berlaku isu salah faham antara pihak penganjur dan band berkenaan.
Muhammad Aiman Hakeem
Wed Mar 15 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Johor Bahru. - Astro AWANI
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
'Malaysia rumah kedua kami' - Radja kembali walau trauma diugut bunuh
Radja menerima ugutan bunuh sewaktu membuat persembahan di Johor Bahru pada Mac lalu.
Radja bikin konsert bersama Ella di Kuala Lumpur 12 Nov ini
Kedatangan Radja kali ini lebih istimewa kerana konsert yang bakal diadakan lebih kepada keakraban di antara band dengan juga peminat.
Pemilik syarikat didakwa ugut bunuh kumpulan rock Radja
C.S. Muremthiran mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.