MEMETIK ucapan Ariel sewaktu konsert NOAH tahun lalu, “Semoga tahun depan kita bertemu lagi dalam sebuah acara sebegini dan lokasinya lebih besar!
Nah, bagi mengotakan janji mereka, kumpulan rock nombor 1 dari negara seberang itu yang dianggotai Ariel, Lukman (gitaris) dan David (pemain keyboard) bakal kembali ke Malaysia sekali lagi dalam sebuah pertunjukan istimewa ‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’ pada tanggal 11 November 2023, kali ini di lokasi yang lebih besar iaitu Mega Star Arena, bermula jam 8 malam, dan dibawakan oleh syarikat penganjur acara yang tidak asing lagi, YOLO Malaysia.
Selain Malaysia, NOAH juga akan turut beraksi di Kota Singa, menurut Haniff Hamzah, selaku Penerbit Eksekutif YOLO Malaysia, “YOLO Singapura kini sedang dalam rangka menguruskan konsert NOAH yang seterusnya di Singapura yang dijangka berlangsung sebelum penghujung tahun ini.
“Oleh kerana kejayaan konsert ‘NOAH Live In KL’ pada tahun lalu dengan kehadiran lebih 2,500 penonton bukan sahaja dari Malaysia, bahkan Singapura, Brunei dan juga Indonesia, serta jualan tiket yang ‘sold-out’ dalam masa kurang dua jam, kami bawakan NOAH sekali lagi pada tahun ini seperti yang dijanjikan.
"Kerjasama yang terjalin di antara YOLO Malaysia dan NOAH ternyata ‘menjadi’ dan demi memenuhi kehendak peminat yang tidak berpeluang hadir ke konsert lalu, konsert kali ini menyediakan lokasi yang lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman yang lebih hebat.
“NOAH menjanjikan persembahan yang berbeza dengan tema yang berbeza setiap kali membuat persembahan, tambahan pula konsert NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR adalah konsert terakhir mereka di Malaysia sebelum NOAH berehat dalam jangka masa yang panjang."
Menurut Hamka Mohd Taufik, Penerbit Kreatif YOLO Malaysia, “NOAH dijangka akan mempersembahkan lebih dari 20 buah lagu kesemuanya, termasuk lagu-lagu baharu ciptaan mereka dengan diiringi beberapa pemain muzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.
“Selain itu, susunan muziknya juga turut diperbaharui yang menjanjikan kelainan dan tidak pernah didengari sebelum ini, dan ditambah pula dengan konten visual yang istimewa demi kepuasan pengalaman muzik yang sebenar.
Sebagai salah satu pemain utama dalam lapangan penganjuran acara, YOLO Asia berharap dapat memberikan pengalaman muzik teatrikal yang maksimal untuk semua penggemar muzik ‘live’.
Jelas Ib Harun, Pengasas YOLO Asia, “Kami akan terus berusaha membawakan pelbagai pengalaman muzikal secara langsung yang menjamin pengalaman mengasyikan di rantau ini.
“Seterusnya, YOLO Malaysia kini dalam perancangan menganjurkan festival muzik premium khusus buat penggemar metal di seluruh dunia yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak pada suku pertama 2024 yang digelar ‘Hammersonic Borneo’."
Terdahulu, YOLO Malaysia telah pun mengadakan jualan tiket konsert atas talian pada 7 Oktober baharu-baharu ini khusus buat ‘YOLO Family’ (bagi mereka yang pernah membuat pembelian konsert-konsert YOLO sebelum ini) dengan potongan harga istimewa atau diskaun.
Jangan lupa dapatkan tiket-tiket ke konsert NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR dengan segera secara ‘online’ kerana bilangannya adalah terhad! -Gempak
Gempak
Sun Oct 22 2023
Konsert kali ini menyediakan lokasi yang lebih luas bagi menampung lebih ramai penonton dengan pengalaman yang lebih hebat. -Gempak
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Misha Omar Back to Basic Showcase lebih eksklusif, intim
Penyanyi terkenal, Misha Omar bakal mengadakan persembahan solo eksklusif, Back To Basic Showcase yang bakal berlangsung di Odeum at Jiospace, Petaling Jaya pada 21 Disember depan.
New Boyz berehat seketika, fokus kerjaya peribadi - Tomok
Selepas membuat penampilan semula menerusi beberapa konsert "reunion", kumpulan New Boyz membuat keputusan untuk untuk berehat seketika.
Legenda irama disko Boney M temui peminat Malaysia tahun depan
Kumpulan legenda popular era irama disko 1970-an, Boney M bakal membawa semula jalur muzik kegemilangannya ke Malaysia pada 12 Jan depan.
Shila Amin tekad amalkan gaya hidup sihat menjangkau usia emas
Berusia 60 tahun, Shila ternyata masih mampu mendendangkan genre RB, pop mahupun dangdut yang sememangnya bernada rancak.
John Legend sifatkan Siti Nurhaliza, Yura Yunita penyanyi hebat, teruja ditemani di konsert
John Legend teruja dengan kehadiran Siti dan Yura, dan akan menyampaikan lagu-lagu hitnya seperti All of Me, Ordinary People, dan Tonight.
Govinda janji persembahan penuh kejutan
Muhammad Irfan berkata, penerimaan positif peminat tempatan menjadi pendorong utama kumpulan itu untuk mengadakan konsert eksklusif itu.
IU nafi beli rumput baharu, tegaskan sudah patuhi manual stadium
IU menegaskan dia telah mengikut manual penyewaan dan penggunaan stadium berkenaan semasa berlangsungnya konsert.
Konsert solo pertama Nora Ariffin selepas tiga dekad
Turut diadakan, segmen khas 'Tribute to Johan Nawawi' sebagai penghormatan kepada Allahyarham sebagai tonggak kejayaan dalam kerjaya Nora.
Alan Walker tunai janji, gegar KL Base 8 Nov ini
Peminat yang sudah mendapatkan tiket konsert sebelum ini tidak perlu mendapatkan tiket baharu.
Impian Aina Abdul anjur konsert jelajah pertama hampir terlaksana
Bagi Aina, segala cabaran yang dihadapi, sehingga pernah hampir putus asa, tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk menggapai impiannya.