KUALA LUMPUR: SELEBRITI dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Paris Hilton menggembirakan peminatnya dengan penampilan di KL Sogo pada petang Rabu.
Kehadirannya itu bersempena pelancaran wangian ke-30 beliau yang diberi nama Ruby Rush.
Ratusan peminat berkumpul di pusat pusat beli-belah untuk menyambut ketibaan selebriti berusia 42 tahun itu.
Di media sosial, kehadiran bekas bintang The Simple Life itu menarik perhatian bukan sahaja kerana sikapnya yang ramah dan tidak kekok melayan peminat, tetapi juga penampilannya yang sopan dalam setiap kemunculan sepanjang berada di negara ini.
Malah peminat juga menggelarkan Hilton 'patung Barbie hidup' kerana kecantikan dan sikap rendah dirinya.
Hilton juga nampaknya berterima kasih dengan sambutan peminat apabila menyiarkan semula beberapa ciapan peminat di platform X.
Sebelum ke Malaysia, Hilton turut melancarkan wangian yang sama di Bangkok, Thailand pada Isnin.
Ini bagaimanapun bukanlah penampilan umum pertama Hilton di Malaysia.
Pewaris empayar Hilton itu pernah hadir ke Malaysia pada Januari 2015 untuk satu acara di Petaling Jaya.
Hilton kemudian kembali ke sini pada Oktober 2015 untuk melancarkan wangian edisi terhadnya.
Astro Awani
Thu Sep 14 2023

Antara peminat bertuah yang dapat bertemu dengan Paris Hilton. -Twitter/NaneeSuria

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Rumah Paris Hilton di Malibu musnah dalam kebakaran di Los Angeles
Rumah selebriti terkenal Amerika Syarikat yang juga hos TV, pelakon dan model, Paris Hilton, di Malibu musnah sepenuhnya akibat kebakaran di Daerah Los Angeles, California, lapor TASS media.

Paris Hilton perkenal anak perempuan kepada umum
Hanya selepas lima bulan, akhirnya penyanyi, model dan usahawan itu mendedahkan wajah serta nama penuh anaknya.

Paris Hilton kini bergelar ibu
Personaliti berusia 41 tahun itu berkongsi sekeping gambar dia memegang tangan bayi lelakinya di akaun Instagram.

Paris Hilton bertunang kali keempat di usia 40 tahun
Ini merupakan kali keempat pewaris empayar Hilton itu mengikat tali pertunangan.

Pereka kasut Itali Sergio Rossi meninggal dunia, dipercayai akibat COVID-19
Mendiang dilapor telah dimasukkan ke hospital beberapa hari lalu di Cesena, sebuah bandar di Emilia-Romagna yang merupakan antara wilayah yang paling teruk terjejas akibat pandemik koronavirus.

Sarimah Ibrahim 'throwback' lepak dengan Paris Hilton
Untunglah!

"Congratulations beautiful!!!" - ucapan Paris Hilton buat Syahrini
Paris Hilton ucap tahniah kepada penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini yang melangsungkan pernikahan dengan usahawan, Reino Barack.

Tanpa satu pun cebisan bukti, anda memilih untuk mempercayai dua penipu - Keluarga Michael Jackson
Keluarga mendiang Michael Jackson menyifatkan pendedahan sebuah dokumentari yang mendakwa Raja Pop itu mencabul kanak-kanak sebagai satu usaha beramai-ramai untuk membunuh reputasinya.

'Tak sangka dia siap bagi 'lighting to my selfie' - reaksi Elfira Loy jumpa Paris Hilton
Pelakon Elfira Loy berkongsi rasa teruja ketika bertemu bintang Hollywood terkenal, Paris Hilton.

Paris Hilton, Chris Zylka bertunang
Paris Hilton mengumumkan pertunangannya dengan memuat naik foto di laman Twitternya pada Selasa.