Kenyataan dikeluarkan susulan tayangan filem "Leaving Neverland" di Festival Filem Sundance pada Jumaat.
Dokumentari itu antara lain memaparkan dakwaan dua penari lelaki, Wade Robson dan James Safechuck yang kini berusia 30an yang mengaku mereka pernah dicabul seawal usia 7 dan 10 tahun sewaktu bersahabat dengan penyanyi.
Dokumentari itu mendapat tepukan gemuruh penonton sejurus ditayangkan.
Ia akan disiarkan di saluran HBO tidak lama lagi.
Jackson meninggal dunia pada usia 50 tahun pada 2009 selepas terlebih dos ubat tidur.
BACA: Tak sanggup dengar pendedahan 'berani mati' bapa mencabul, anak Michael Jackson kini bersembunyi
Dalam kenyataan pada Isnin yang merujuk Jackson sebagai “adik dan anak kami”, keluarga mendiang berkata “kami berang dengan laporan media, tanpa satupun cebisan bukti, media memilih untuk mempercayai dua orang penipu berbanding ratusan ahli keluarga dan rakan dari seluruh dunia yang pernah menghabiskan masa bersama Michael, termasuk di Neverland (kediaman Michael), dan sifat murah hati mendiang di seluruh dunia."
"Kami tidak boleh berdiam diri sedangkan serangan bertalu-talu terhadap Michael berterusan,” menurut kenyataan itu lagi.
Selain kenyataan rasmi keluarga, anak mendiang Paris Jackson turut dilaporkan sedang menyembunyikan diri di sebuah lokasi yang tidak didedahkan selepas dikatakan tertekan susulan pendedahan ‘berani mati’ dalam dokumentari terbabit.