Berkongsi keperibadian Paris sepanjang pertemuan tersebut, dedah Sarimah pelakon filem House of Wax itu punyai karisma tersendiri untuk meletakkan beliau dalam kedudukan sekarang.
"Saya dan Paris Hilton pernah bertemu sekitar tahun 2015 dan kami sempat berkongsi pelbagai cerita menarik sepanjang sesi itu.
"Dia seorang wanita berkerjaya dan usahawan yang sangat bijak. Mungkin dipandang rendah daripada beberapa sudut namun itulah namanya penjenamaan diri.
"Ramai individu yang kita nilai hanya berdasarkan luaran semata-mata walhal kualiti sebenar tidak dipertontonkan kepada khalayak," kongsi Sarimah menerusi entri terbaharu di Instagramnya.
Kisah itu sedikit sebanyak menyuntik inspirasi dalam kalangan peminat kedua-dua wanita hebat itu.
Difahamkan pertemuan itu berlaku ketika kunjungan Paris ke Sunway Lagoon sekitar tahun 2015 sempena Festival Muzik ACV.
Malah, ketika itu Sarimah bertanggungjawab untuk menemuramah sosialit terkenal itu untuk sebuah rancangan televisyen.