PELAKON Dazrin Kamarudin melahirkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pagi tadi.

Putera sulung yang dilahirkan pada jam 5.45 pagi itu diberi nama Dasuki.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Dazrin menerusi video berdurasi pendek di akaun Instagramnya hari ini.

"Assalamualaikum semua, saya bersama isteri tercinta telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 5:45 pagi yang diberi nama Dasuki Dazrin," ujarnya.



Dalam pada itu, ruangan komen entri tersebut juga dihujani dengan ucapan tahniah dan peminat menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat wajah Dasuki.