Azrinaz berkongsi perkara tersebut menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya, @azrinazmazharhakim.
"Maka tidur lenalah sang isteri-isteri semua. Tak perlu risau lagi. I dah kata suami orang bukan taste I.
"Tapi depa tak nak percaya. #sukabuatfitnahtau #dontbringbackthepast.
"Dah moh tido awai esok nak mangkit pagi gi undi #tanggungjawabisteri #tanggungjawabrakyat," tulis Azrinaz.
BACA: Tiada bulan madu, Azrinaz dan Feroz mahu bercuti ke Palestin
BACA: Sah! Azrinaz Mazhar Hakim selamat bernikah 1 Mei lalu
Azrinaz selamat bernikah pada 1 Mei yang lalu dengan sahabat lamanya, Fairos Khan Abdul Hamid.
Fairos merupakan rakan yang dikenali oleh Azrinaz semenjak 20 tahun lalu dan mereka mula menjalinkan hubungan rapat setahun lepas. - Teks: Kamaruddin Razal