"Tak nak buat comeback dalam dunia penyiaran ke?" - Netizen rindu aksi Azrinaz
Pengantin baru, Azrinaz Mazhar Hakim bersama suami yang kini sedang bercuti di Palestin berkongsi gambar menarik mereka ketika berada di sana.
Gempak
Fri May 25 2018
Azrinaz dan Feroz ketika bergambar di perkarangan Dome of Rock.
PENGANTIN baharu, Azrinaz Mazhar Hakim bersama suami yang kini sedang bercuti di Palestin berkongsi gambar menarik mereka ketika berada di sana.
Azrinaz bersama suami, Feroz Khan yang bernikah pada 1 Mei lalu sebelum ini menyatakan tidak merancang pergi berbulan madu sebaliknya memilih Palestin sebagai lokasi percutian.
"Alhamdulillah perjalanan kami melepasi sempadan Jurusalem yang dikawal rapi oleh tentera Zionis tidak mengalami sebarang kejadian luar jangkaan.
"Dengan izinNya, kami berpeluang menjejakkan kaki di masjid kedua tertua dan mendekati sejarah silam Rasullullah SAW dan para sahabat di bumi Ambia," katanya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, dia turut memuat naik video percutiannya itu.
Nyata, bakat terpendam Azrinaz sebagai bekas personaliti televisyen turut membuatkan netizen memuji caranya ketika bercerita keindahan masjid Dome of Rock.