BEKAS personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim memilih nama Areesya Malaykha untuk puteri kesayangannya.

Menerusi kemas kini terbaru akaun Instagramnya, Azrinaz turut mendedahkan wajah anaknya selain maksud disebalik keindahan nama yang diberikan.

“Tepat selepas seminggu, kami sudah bersedia untuk mengumumkan nama yang telah dipilih.

“Selepas 'Tahnik' (yang akan saya kongsikan dalam posting seterusnya), kami telah memilih nama yang indah untuk anak perempuan kami: Areesya Malaykha.

"Dalam bahasa Arab, Areesya bermaksud tinggi dan kuat manakala Malaykha membawa maksud malaikat. Seperti seorang malaikat dari atas, itulah cara kami melihat anda... Areesya Malaykha,” tulisnya.

Exactly after a week, we are ready to announce. A name has been chosen! • After the ‘Tahnik’ (which I will share in my next posting), we have chosen a beautiful name for our daughter; Areesya Malaykha • In Arabic, Areesya means tall and strong And Malaykha means angel


BACA: Tahniah! Azrinaz Mazhar Hakim selamat lahirkan bayi perempuan

Terdahulu, Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 43, pada 1 Mei tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata pada 15 September lalu.