KECERDASAN Buatan (AI) nampaknya ikut menjadi salah satu budaya dalam industri seni dunia apabila banyak karyawan mengguna pakai teknik tersebut untuk hiburan.
Terkini, legenda yang terkenal dengan gelaran King of Rock and Roll, Elvis Presley akan ‘dihidupkan semula’ dengan kecanggihan teknik AI.
Bukan hanya dihidupkan, Elvis yang meninggal dunia pada 1977 akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat tahun ini, lapor Reuters.
Konsert tersebut dinamakan sebagai Elvis Evolution dan akan membawa peminat tegarnya kembali bernostalgia dengan ikon tersebut selain menarik peminat generasi baharu mengenali dengan lebih dekat siapa Elvis Presley.
“Ini akan menjadi sebuah keraian paling gemilang buat Elvis Presley; seorang lelaki, pemuzik dan pemilik legasi yang masih menjadi pujaan ramai.
“Konsert Elvis secara AI akan menjadi sebuah pengalaman yang luar biasa,” ujar Pengasas & Ketua Pegawai Layered Reality, Andrew McGuinness.
Konsert tersebut akan dipersembahkan dengan penggunaan AI sepenuhnya yang dibantu teknik Holografi. Holografi adalah teknik yang membolehkan imej tiga dimensi dibuat.
Peminat juga akan dibawa memasuki dunia Elvis sejak lahir di Tupelo, Mississippi pada 1935, sehingga perjalanan ke Memphis, Tennessee, Graceland dan Las Vegas.
Minat dunia terhadap penyanyi itu, yang diiktiraf sebagai artis muzik solo terlaris sepanjang zaman, dengan lebih 500 juta album terjual, masih tetap kekal walaupun 46 tahun selepas dia meninggal dunia pada usia 42 tahun, di kediaman Graceland miliknya.
Gempak
Fri Jan 05 2024

Elvis, yang meninggal dunia pada usia 42 tahun pada 1977, telah berjaya menjual lebih 500 juta unit album di seluruh dunia. - Foto Gempak

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Elvis Presley 'hidup semula', bakal jayakan konsert dengan teknik AI
Bukan hanya 'dihidupkan', Elvis yang meninggal dunia pada 1977 akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat tahun ini.

Kot milik Elvis dilelong lebih dari AS$127,000
Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih GBP100,000.

Pembedahan bariatrik punca kematian Lisa Marie Presley - Laporan
Lisa Presley didakwa mengalami kesakitan perut beberapa hari sebelum kematiannya.

Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad
Lisa Marie akan dikebumikan sebelum upacara peringatan yang akan diadakan pada Ahad jam 9 pagi di laman utara Graceland.

Lisa Marie Presley meninggal dunia
Anak perempuan kepada legenda rock & roll Elvis Presley dan pelakon Priscilla Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.

Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.

'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.

NBC raikan ulang tahun 'kemunculan semula' Elvis Presley di televisyen
Pada 17 Februari, rancangan tribute untuk Elvis Presley telah ditayangkan di NBC pada jam 9 malam sempena '68 Comeback Special (Edisi ulang tahun ke-50) Elvis.

Kanye West cadang beli Graceland
West bercadang untuk membeli kediaman milik 'Raja Rock and Roll' untuk kekasihnya Kim Kardashian dan anak mereka, North.

Kami patut bertanding lebih kerusi - SAPP
"Jika kami tahu kecelaruan dalaman Pakatan berlarutan, kami akan bersedia untuk bertanding lebih kerusi."