KOTA KINABALU: Biarpun suaranya tidak seperti penyanyi legenda Elvis Presley tetapi kerana namanya Elvis Pilep, dia sering diminta menyanyikan lagu dendangan penyanyi terkenal Hollywood itu.
Elvis, 31, bersama rakan pemuzik jalanan (buskers) kini mampu menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' daripada kerajaan untuk mengadakan persembahan sekali gus menjana kembali sumber pendapatan yang terjejas akibat COVID-19.
Bekas guru muzik di sebuah sekolah swasta itu berkata sejak COVID-19 melanda negara, mereka turut terkesan kerana tidak dapat mengadakan persembahan di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh persatuan buskers di negeri ini iaitu Sabah Buskers Community (SBC).
"Pendapatan sekarang bertambah baik (sejak dibenarkan), saya mengadakan persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu moden dan komersial serta menggunakan instrumen tradisi dan pengunjung banyak memberikan tip," katanya kepada Bernama.
Bekas graduan daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) itu berkata antara lagu Elvis Presley yang sering dinyanyikannya ialah 'Blue Suede Shoes', 'Can't Help Falling in Love', 'Crazy Little Thing Called Love' dan 'My Way'.
Elvis yang bernaung di bawah SBC berkata pemuzik jalanan diberikan jadual penggiliran bagi setiap persembahan dan dia mengadakan persembahan secara solo di beberapa tempat antaranya Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan pusat beli-belah di sekitar Inanam.
Bagi setiap persembahan, dia akan menyanyikan antara 60 hingga 90 lagu termasuk yang diminta orang ramai, justeru bagi mengekalkan staminanya agar sentiasa bertenaga, Elvis akan melakukan latihan dan aktiviti memanaskan badan sebelum membuat persembahan.
Sementara itu, Hendry Jublin, 52, turut menarik nafas lega apabila dapat menghiburkan orang ramai, kerjaya baharunya setelah diberhentikan kerja sebagai pengurus projek di sebuah syarikat yang terjejas akibat pandemik itu.
Bapa kepada lima cahaya mata itu menggunakan sepenuhnya bakat yang diwarisi keluarga untuk mencari rezeki dengan mengadakan persembahan meniup 'pan flute' (seruling leper), hasil buatan tangannya sendiri sambil diiringi muzik tradisional.
"Alat muzik yang digunakan ini adalah daripada pokok buluh dan memakan masa kira-kira sebulan untuk disiapkan, pembuatannya harus teliti bagi memastikan seruling itu ada bunyi Do Re Mi," katanya yang menjelaskan empat anaknya juga mahir bermain alat muzik.
Hendry yang berasal dari daerah Tambunan berkata semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia hanya membuat persembahan di Facebook dan pendapatannya agak berkurangan malah pernah mendapat RM20 sahaja.
"Tetapi bersyukur sebab ada juga (duit). Sekarang walaupun persembahan secara solo ia sudah memadai kerana kami boleh mengadakan persembahan terutamanya untuk peminat buskers," katanya yang turut mahir bermain piano dan keyboard.
Pada 25 Feb lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan pemuzik jalanan atau buskers sepenuh masa di seluruh negara membuat persembahan di restoran dan gerai makan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
VIDEO: Pemuzik jalanan atau busker dibenarkan beroperasi di kawasan PKP
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 28 2021
!['Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki 'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614476007_ElvisPilep.jpg)
Elvis berkata mereka sebelum ini tidak dapat mengadakan persembahan di tempat-tempat yang telah ditetapkan oleh persatuan buskers. - Foto Facebook/@SXYB20
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Elvis Presley 'hidup semula', bakal jayakan konsert dengan teknik AI Elvis Presley 'hidup semula', bakal jayakan konsert dengan teknik AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71704418146_TBelvispresleyj.jpg)
Elvis Presley 'hidup semula', bakal jayakan konsert dengan teknik AI
Bukan hanya 'dihidupkan', Elvis yang meninggal dunia pada 1977 akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat tahun ini.
![Kot milik Elvis dilelong lebih dari AS$127,000 Kot milik Elvis dilelong lebih dari AS$127,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51691296873_elvispresley.png)
Kot milik Elvis dilelong lebih dari AS$127,000
Kot buatan khas yang dipakai Elvis Presley sepanjang tahun terakhir hidupnya telah dijual pada harga lebih GBP100,000.
![Pembedahan bariatrik punca kematian Lisa Marie Presley - Laporan Pembedahan bariatrik punca kematian Lisa Marie Presley - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673575753_LisaMariePresley.jpg)
Pembedahan bariatrik punca kematian Lisa Marie Presley - Laporan
Lisa Presley didakwa mengalami kesakitan perut beberapa hari sebelum kematiannya.
![Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674360536_LisaMariePresleyD.jpg)
Lisa Marie Presley dijadual disemadikan di Graceland pada Ahad
Lisa Marie akan dikebumikan sebelum upacara peringatan yang akan diadakan pada Ahad jam 9 pagi di laman utara Graceland.
![Lisa Marie Presley meninggal dunia Lisa Marie Presley meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673575753_LisaMariePresley.jpg)
Lisa Marie Presley meninggal dunia
Anak perempuan kepada legenda rock & roll Elvis Presley dan pelakon Priscilla Presley meninggal dunia pada usia 54 tahun.
![Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71673562459_lisamariepresley.jpg)
Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.
!['Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki 'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71614476007_ElvisPilep.jpg)
'Elvis Presley' dan rakan lega boleh cari rezeki
Elvis Pilep kini menarik nafas lega setelah mendapat 'lampu hijau' untuk mengadakan persembahan dan menjana sumber pendapatan semula.
![NBC raikan ulang tahun 'kemunculan semula' Elvis Presley di televisyen NBC raikan ulang tahun 'kemunculan semula' Elvis Presley di televisyen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439602777_Elvis.jpg)
NBC raikan ulang tahun 'kemunculan semula' Elvis Presley di televisyen
Pada 17 Februari, rancangan tribute untuk Elvis Presley telah ditayangkan di NBC pada jam 9 malam sempena '68 Comeback Special (Edisi ulang tahun ke-50) Elvis.
![Kanye West cadang beli Graceland Kanye West cadang beli Graceland](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-01/81357034683_295x200.jpg)
Kanye West cadang beli Graceland
West bercadang untuk membeli kediaman milik 'Raja Rock and Roll' untuk kekasihnya Kim Kardashian dan anak mereka, North.
![Kami patut bertanding lebih kerusi - SAPP Kami patut bertanding lebih kerusi - SAPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/81366275509_295x200.jpg)
Kami patut bertanding lebih kerusi - SAPP
"Jika kami tahu kecelaruan dalaman Pakatan berlarutan, kami akan bersedia untuk bertanding lebih kerusi."