KUALA LUMPUR: Selebriti Neelofa menerima dengan hati yang terbuka tindakan polis mengenakan kompaun berjumlah RM60,000 ke atas beliau, suami dan 20 ahli keluarganya yang lain kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di majlis perkahwinan serta merentas negeri.
Bekas pengacara program hiburan Meletop itu juga menegaskan, insiden berkenaan memberikan pengajaran untuknya pada masa depan.
"Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa,” kata usahawan hijab itu dalam satu kenyataan media pada Selasa.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah memaklumkan, Neelofa bersama suaminya, PU Riz serta 20 ahli keluarga lain dikenakan kompaun di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan iaitu RM10,000 kerana tidak mematuhi SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.
Sementara suami Neelofa, PU Riz dikenakan kompaun RM10,000 kerana melanggar kebenaran merentas negeri.
Kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.
BACA: Ingkar SOP: Neelofa, keluarga dikompaun RM60,000
Dalam masa sama, Neelofa mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam menguruskan kes yang melibatkan dirinya.
Beliau juga memohon maaf kepada semua pihak jika kes yang melibatkan dirinya dan keluarga memberi masalah kepada kelancaran kerja harian mereka.
Pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Selang beberapa hari selepas itu, pasangan berkenan dilaporkan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi yang dimaklumkan mereka atas urusan perniagaan.
Bagaimanapun, tular di media sosial foto-foto pasangan berkenaan sedang bersiar-siar di kawasan pelancongan di pulau legenda itu.
Asyraf Roslan
Tue Apr 27 2021

Pernikahan Neelofa dan PU Riz berlangsung pada 27 Mac lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu negara. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Dikompaun RM60,000, Neelofa terima dengan hati terbuka
Bekas pengacara Meletop itu dan suami, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz bagaimanapun menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka.

Noor Neelofa bakal diijab kabul pagi ini
Noor Neelofa dijangka akan diijab kabul bersama PU Riz pada jam 10.30 pagi ini.

'Dia tetap pernah menjadi yang teristimewa ...' - Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad mendedahkan sebab dia mendiamkan diri daripada berkongsi hal rumah tangganya dengan isteri, usahawan Noor Nabila kepada umum.

Orang nak lihat saya 'jatuh' - Neelofa
Kejadian pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor, tergelincir dan hampir terjatuh ketika mengendalikan Anugerah MeleTop Era 2018 (AME), Ahad lalu menjadi perhatian ramai.