Kejadian pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor, tergelincir dan hampir terjatuh ketika mengendalikan Anugerah MeleTop Era 2018 (AME), Ahad lalu menjadi perhatian ramai.
Sinar Harian
Tue Apr 10 2018
NEELOFA: "Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi 'jatuh' dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri. - Gambar fail
KEJADIAN pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa Mohd Noor, tergelincir dan hampir terjatuh ketika mengendalikan Anugerah MeleTop Era 2018 (AME), Ahad lalu menjadi perhatian ramai.
Dek kerana peristiwa itu, ada beberapa netizen yang berharap agar wanita itu benar-benar terjatuh tanpa sempat menyelamatkan diri atau diselamatkan oleh sesiapa.
Bagaimanapun pelakon yang bakal muncul dengan drama Ti Amo, Sweetheart 100 Hari ini tidak terkesan dengan kata-kata netizen.
"Saya rasa mereka bukan nak lihat saya jatuh tersungkur sahaja, tapi 'jatuh' dalam erti kata lain iaitu jatuh dalam industri.
"Namun ia tidak jadi kenyataan dan mungkin sebab itu mereka rasa lebih tak puas hati," katanya.