Menerusi entri di Instagram, Lana telah berkongsi foto-foto 'live update' di sekitar majlis terbabit.
Bukan sahaja Lana, tetapi suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhammad Daud turut mengenakan baju rona sedondon dengan anak mereka.
Majlis serba lancar itu turut dimeriahkan lagi dengan hiasan pelamin untuk bayi yang diraikan.
Ia turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat mereka.
Rata-rata memuji kecantikan Lana dan mereka turut mendoakan agar anak-anaknya dapat membesar dengan sihat.
Lana dan David mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie dan William Daud Mckienzie.
Berikut merupakan foto-foto comel anak-anak Lana sekitar majlis tersebut: