KONSERT kelima program realiti Big Stage 2019 telah berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam sebentar tadi.
Sebanyak 10 peserta yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Korea Selatan dan Thailand berentap di pentas Big Stage 2019.
Syada Amzah dan Chaleeda Gilbert telah diumumkan tersingkir untuk minggu kelima dan 8 peserta melangkah ke minggu keenam.
Pada minggu hadapan, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga 'Battle Round'.
Yusry Abdul Halim diundang sebagai juri jemputan bagi bergandingan bersama dua juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Cakra Khan.
Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan sistem pemarkahan beserta komen-komen yang telah diberikan:
Han-Byul - Yang Sedang Sedang Saja 82.00%
"Awak sebenarnya menyanyikan lagu yang sangat susah untuk dinyanyikan. Pembukaan persembahan awak sudah membuatkan bulu roma saya naik. Awak seorang yang sangat rajin melakukan 'homework' sebelum persembahan," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Neeta Manisha - Wo Yao Ni De Ai 81.67%
"Saya suka 'tone' suara awak. Awak sangat selesa menyanyikan lagu ini di samping sudah melakukannya dengan cara tersendiri," - Yusry Abdul Halim.
Santesh - Gangnam Style 77.83%
"Awak membawakan lagu ini dengan gembira sekali. Persembahan malam ini sangat hebat," - Cakra Khan.
"Persembahan yang bertenaga dari segi pernafasan nyanyian agak konsisten. Namun, saya inginkan sentuhan dan pembaharuan dari awak yang berbeza daripada penyanyi asal," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Saya suka karakter awak. Malam ini ada tiga orang nyanyikan lagu rock, saya boleh rasa 'attitude' awak," - Yusry Abdul Halim
Fieya Julia - Sang Saka Biru 76.00%
"Nyanyian awak pada malam ini tidak mencapai kepuasan lagi. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan awak pada malam ini," - Cakra Khan.
"Saya melihat awak sudah melakukan kelainan pada malam ini. Lagu ini tidak sesuai untuk awak nyanyikan tetapi sudah melakukan yang terbaik," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dinda Permata - Dhoom Machale 75.33%
"Saya boleh 'brain' malam ini walaupun temanya 'Cannot Brain'. Persembahan malam ini sangat menyeronokkan malah awak kelihatan selesa menyanyikan," - Yusry Abdul Halim.
Kucaimars - Kopi Dangdut 74.33%
"Lirik perlu dijaga namun tidak nampak sebenarnya awak ada tersilap. Tarian awak sangat bagus tetapi sebagai penyanyi kena ada semua pakej. Sekarang ini sudah minggu kelima, awak kena berusaha untuk memperbaiki," - Cakra Khan.
Irfan Haris - Kalau Aku Kaya 72.00%
"Pada saya, awak ada sedikit masalah vokal terutamanya di bahagian lirik 'Kalau Aku Kaya'. Secara keseluruhan, persembahan awak harus dipuji. Awak ada bakat jadi awak perlu tunjukkan," - Yusry Abdul Halim.
Adzrin - Sedang Ingin Bercinta 71.00%
"Satu persembahan yang ada identiti, awak tidak dibayangi langsung dengan penyanyi asal. Awak sudah pandai berkomunikasi dengan kamera dan peminat. Walaubagaimanapun, di pertengahan lagu tadi awak tetiba 'lost'. Kalau boleh, awak kena rancang dari awal supaya dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan. Namun, ia tidak mencacatkan persembahan malam ini," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Syada Amzah - Sembilu 68.00% (Tersingkir)
"Saya tekankan saya mengharapkan persembahan yang lagi hebat. Nyanyian awak baik cuma awak perlu membuatkan penonton ingat akan persembahan awak," - Cakra Khan.
Chaleeda Gilbert - Girlfriend 62.00% (Tersingkir)
"Vokal dan persembahan malam ini tidak sesuai dengan awak," - Yusry Abdul Halim.
"Lagu itu terlampau selesa dengan awak. Nampak sangat awak semput di pertengahan persembahan. Saya harap awak tidak mengecewakan peminat yang undi awak," - Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al Hadad Big Stage 2 dibawakan kepada anda oleh Vivo dan Perodua selaku penaja utama dan Farm Fresh selaku penaja bersama.
Rancangan ditayangkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Personaliti radio ERA, Radin bersama alumni Big Stage musim pertama, Sissy Imann mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.
Layari laman web bigstage.gempak.com untuk segala informasi mengenai program ini!
Gempak
Mon Sep 16 2019
Pada minggu hadapan, kesemua peserta bakal mempersembahkan dua persembahan iaitu lagu pilihan daripada juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga 'Battle Round'.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Astro menang kes hak cipta, kafe pool didenda RM175,000 siar EPL secara haram
Astro menganggap kemenangan ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mempertahankan pencipta, bakat, serta inovasi yang menjadi teras industri hiburan.
Aattam kembali 'menggegar' selepas 13 tahun, netizen persoal keputusan
Selepas 13 tahun rancangan realiti tarian Aattam anjuran Indian Customer Business, Astro, kembali menggegarkan pentas Stadium Indera Mulia, Ipoh Sabtu lalu.
Astro menang lima anugerah Putra Brand Awards 2024
Astro merangkul lima anugerah dalam majlis berprestij, Putra Brand Awards 2024 dengan mengungguli kategori Rangkaian Media.
Astro anjur School Attack, promosi 'SMK' musim ke-5 di SMK Taman Melawati
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati dipilih menjadi lokasi program School Attack yang dianjurkan oleh Astro bagi mempromosikan musim kelima siri popular, SMK.
Konsert Countdown MeleTOP 2025 meriahkan malam Tahun Baharu dengan hiburan dan misi amal
Lebih 30,000 pengunjung memeriahkan sambutan ambang Tahun Baharu 2025 melalui Konsert Countdown MeleTOP 2025 anjuran Astro di IOI City Mall, Putrajaya.
GV11: 'Illa, Reshmonu paling rapat dengan saya' - Zehra Zambri terkejut dua penyingkiran sekali gus
Zehra berharap Illa dan Reshmonu akan terus semangat dan kembali aktif dalam industri muzik, walaupun tersingkir dari GV11.
Innovathon 2: Ciptaan bahan pembinaan penebat dipilih juara minggu kelima
Dengan proses penghasilan yang singkat, Bio Polyol mempunyai kebolehulangan yang tinggi (konsisten) dan sifar sisa serta tiada pembebasan gas bertoksik.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Astro One tawar tiga pakej hiburan lebih fleksibel serendah RM49.99 sebulan
Astro One menggabungkan saluran televisyen terbaik, aplikasi penstriman popular dan pilihan jalur lebar berkelajuan tinggi.