Demikian respons pelakon asal seberang, Baim Wong yang enggan mengulas lanjut berhubung isu rumah tangganya dan isteri iaitu Paula Verhoeven yang didakwa sedang bergolak.
Masih Luangkan Masa Dengan Anak
Disoal mengenai perhubungannya bersama anak-anak, Baim memaklumkan dia masih meluangkan masa bersama anaknya.
“Setiap hari anak saya ke pejabat saya jadi bukan untuk tempat bekerja sahaja pejabat saya juga nyaman untuk anak-anak saya bermain.
“Anak-anak saya juga mahu ke pejabat saya,” ujarnya ketika ditemui Gempak di majlis ulangtahun perdana Brik di Avenue K.
Sebelum ini, Baim dan isteri dilihat sudah tidak meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan khabar angin tersebut.
Tidak hanya itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.
Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia, 2 tahun. -Gempak