Baim dilaporkan memfailkan perceraian terhadap Paula pada Selasa di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan, lapor media tempatan.
Pasangan selebriti itu telah menjadi suami isteri selama enam tahun.
Khabar Baim membuat permohonan cerai itu diketahui melalui sistem Informasi Penelusiran Perkara (SIPP) PA Jaksel atas nama pemohon Muhammad Ibrahim bin Johnny Djaelani iaitu Baim Wong dan pasangannya, Paula Verhoeven binti Eddy Verhoeven.
Baim Wong dan Paula Verhoeven bernikah pada 22 November 2018. Pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.
Khabar rumah tangga Baim dan Paula bergolak sudah menjadi bualan hangat sejak beberapa bulan lalu.
Kedua-duanya bagaimanapun memilih untuk tidak memberi kenyataan meski dilihat sudah tidak lagi hadir ke majlis bersama atau memuat naik foto kemesraan di laman sosial seperti sebelum ini.
Malah Baim mengaku Paula tidak meminta izin untuk menunaikan umrah baru-baru ini yang terus menguatkan spekulasi rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan lagi. -- Gempak