Baim kemudian mendedahkan dirinya mahu bercerai dengan isteri yang telah melahirkan dua anak mereka itu kerana Paula berlaku curang bersama teman baik aktor itu sendiri.
Namun model tersebut dilihat ‘melawan’ dakwaan Baim yang mengatakan dirinya curang dengan memuat naik video ceramah dari salah seorang penceramah terkenal, Ustaz Hanan Attaki.
Pada ceramahnya itu, Ustaz Hanan Attaki menjelaskan respons yang seharusnya diambil oleh orang saat diperlakukan jahat atau tidak baik oleh orang lain.
Ustaz Hanan Attaki menyarankan agar orang-orang menyerahkan segala permasalahan hidup kepada Allah SWT dengan mengamalkan Surat Al Muzammil ayat 10 dan 11.
"Tenang saja, jangan reaktif, jangan responsif, jangan geram, jangan teruja. Abaikan mereka dengan cara yang baik," ujar isi ceramah tersebut seperti dilaporkan Kompas.
Selain video ceramah Ustaz Hanan Attaki, Paula juga menyelitkan pesanan dari Ali bin Abi Thalib yang berbunyi: "Tidak perlu menjelaskan dirimu kepada siapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlukan itu.
“Dan yang membencimu tidak akan percaya itu.”
Sebelumnya Baim akhirnya membenarkan khabar rumah tangganya menuju kemusnahan apabila memfailkan cerai kepada Paula selepas enam tahun berkahwin. - Gempak