Baim menulis coretan tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya pada Selasa.
Coretan itu juga turut disertakan dengan foto-foto Baim bersama arwah Ashraf.
“Begini rasanya… Ketika kehilangan sahabat… Lama juga tak pernah bertemu, tetapi disaat ada kesempatan bertemu, kita tahu kalau diantara kita berdua ada perasaan sangat dekat satu sama lain kerana kita berdua sudah saling mengenali satu sama lain...
“Setiap pertemuan yang tidak disengajakan selalu menjadi pertemuan yang lama. Kerana memang sebenarnya kita itu saling merindui.
“Rindu dengan kebodohan kita kalau kita bergurau. Pernah dia marah sangat selepas bergurau kerana trompet dibunyikan di cupingnya.
“Marah yang sedikit dan selepas itu kembali jailin lagi. Rindu juga kalau lama tidak bertemu.
”Dan kalau bertemu... Selalu dipenuhi gurauan yang kadang dengan kebodohan saya, dengan apa adanya saya. Dia selalu ketawa. Kita selalu menikmati kebersamaan kita.
“Tapi dengan meninggalnya sahabat saya ini... Menjadi sebuah pelajaran berharga bagi saya untuk mengenal erti waktu yang sebenarnya.
“Kata-kata ‘nanti’ sepertinya jangan dijadikan kebiasaan.. Nantinya ‘kita... Kita tidak pernah tahu bila...
“Apakah itu seminggu... Sebulan atau setahun. Mungkin sampai 5 tahun lagi kita masih bilang ‘Nanti...’
“Dan apakah ‘nantinya itu’... Kita masih punya waktu dari Allah untuk melakukannya? Sama dengan mengerjakan solat. Sering kita menggunakan kata ‘nanti’.
“Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosanya... Semoga semua amal ibadahnya diterima disisi- Nya.
“Dan semoga Allah memberikan ketabahan kepada Bunga dan Noah... Saya akan selalu ada untuk keluarga mereka... Innalilahiwainnalilahiraji’un.. Selamat tinggal sahabat... Sampai bertemu kembali,” tulisnya.
BACA: Jenazah Ashraf Sinclair selamat dikebumi
BACA: "Bunga, terima kasih kerana mencintai anak saya" - Bapa Ashraf Sinclair
BACA: Ingin disemadi sebelah kubur Ashraf, Bunga Citra Lestari tempah liang lahad dengan harga RM75,000
BACA: 'Kamu nampak sangat tenang & indah' - Sazzy Falak ke Jakarta, 'jumpa' Ashraf Sinclair kali terakhir
Ashraf Sinclair yang juga suami kepada aktres popular Indonesia Bunga Citra Lestari (BCL) dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.