Konsert "Rebirth of the Legend" hasil terbitan oleh syarikat produksi Enfiniti Vision Media kali ini sememangnya luar daripada biasa.
Berpegang pada tunjang penceritaan tradisional mitos lama, pementasan lagenda mistikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dalam konsert ini disuntik elemen moden, futuristik, abstrak dan penuh kontemporari.
Berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya sejak 20 Mac lalu, tidak keterlaluan untuk meletakkan pementasan konsert itu bertaraf dunia.
Produksi ini begitu 'mewah' dengan sokongan teknologi baru bagi menghidupkan semula konsep penceritaan lagenda itu.
Ia seiring dengan idea asal yang bentuk persembahan konsert ini yang lebih menitik-beratkan elemen audio dan visual, sekaligus menjadikan konsert ini antara yang paling rumit diterbitkan dalam sejarah produksi Enfiniti.
Konsert ini sememangnya akan membuat penonton terpukau dengan teknik pencahayaan yang menggunakan lebih 330 lampu LED RGB yang diimport khas dari Jerman.
Ia ibarat menonton sebuah filem 3D tanpa perlu menggunakan kaca mata 3Dnya.
Penonton berpeluang untuk menikmati teknik pencahayaan ini secara penuh dalam beberapa persembahan konsert ini terutama dalam persembahan vokal yang memukau oleh Ida Mariana menerusi lagu 'Tinta Dewa'.
Tidak menafikan beberapa kesilapan teknikal yang berlaku sedikit sebanyak mencalarkan prestij konsert ini dan mengganggu penonton untuk menjiwai pementasan semula lagenda ini, namun boleh dikatakan lompongan itu ‘ditutupi’ dengan teknik kesan khas visual yang mantap sentuhan KRU Studios.
Buktinya apabila Enfiniti mempertaruhkan lagu ‘Asmaradana’ sebagai pembukaan pentas yang dipersembahkan Puan Sri Tiara Jacquelina.
LIHAT ALBUM KONSERT PUTERI GUNUNG LEDANG - 'REBIRTH OF THE LEGEND' DI ISTANA BUDAYA
Jelas sekali ia dilihat sebagai sebuah pembukaan yang penuh dengan elemen gah dan futuristik, laksana bidadari yang terbang dari masa depan hadir ke kurun ini.
Bertambah mewah persembahan itu apabila 12 penari pilihan pereka tarinya sendiri Pat Ibrahim bagi membantu menghidupkan ‘Asmaradana’.
Sebenarnya tidak pelik jika berlaku kesilapan teknikal yang tidak diingini kerana kebanyakan aspek teknikal terutama teknikal audio yang diimport dari luar negara seperti Hong Kong dan Jerman, digunapakai pertama kali di negara ini.
Namun kesilapan itu menjadikan penonton menjadi semakin sensitif seolah-olah akan ada lagi kesilapan-kesilapan kecil terutama apabila persembahan imbas kembali teater muzikal PGL
Stephen Rahman Hughes sebagai Hang Tuah cuba untuk mendaki ‘gunung’ mencapai tangan Gusti Puteri (Tiara).
Lakonan Stephen bagaimanapun mendominasikan perasaan sensitif penonton dengan kegagahannya sebagai Hang Tuah.
Dari kaca mata wartawan junior, jujurnya ketelitian segala aspek konsert ini melihatkan Adlin Aman Ramlie sebagai seorang pengarah konsert yang genius.
Pertama kerana konsistensi konsep reka bentuk segi tiga yang Adlin dan Raja Malek pernah kongsikan sebelum ini. Dari permulaan persembahan hingga akhir persembahan, aspek pencahayaan, reka bentuk, props, Adlin memastikan konsep 'Segi Tiga' ini konsisten hingga ke akhir persembahan.
Konsep 'Segi Tiga' ini melambangkan cinta tiga segi yang menyampaikan simbolik Gusti Putri tersekat di tengah-tengah antara konflik Hang Tuah, Sultan Mahmud, dan abangnya Adipati Gusti.
Mungkin kerana Adlin sudah sebati dengan penerbitan PGL sejak di layar perak pada 2004, beliau mahukan format PGL yang dikatakan terakhir daripada Enfiniti ini berakhir dengan memori indah buat penonton.
Selain itu, keserasian watak Adlin sebagai Sultan Mahmud bersama Datuk AC Mizal sebagai Adipati Handaya Ningrat menerusi lagu ‘Hajatmu Ku Bantu’ yang diberi nafas baru dengan elemen hip hop dilihat sebagai ‘bromance’ yang disenangi penonton.
Lebih-lebih lagi bagi generasi muda yang mahu memahami semula penceritaan bagaimana Adipati mahu mendapatkan perlindungan daripada Kesultanan Melaka namun terpaksa memenuhi ketamakan Sultan Mahmud dengan menjadikan Gusti Putri sebagai pengikat saudara mereka. Ia dapat difahami dengan mudah melalui lagu 'Hajatmu Ku Bantu' itu.
Paling ditunggu-tunggu peminat setia jenama itu pastinya aura-aura visual dari layar perak dan segmen khas lakonan semula daripada adegan dalam teater muzikal.
Babak-babak ikonik dari kedua-dua medium tersebut seakan membawa penonton kembali mengimbau memori indah yang masih tersemat utuh dalam ingatan penonton.
Manakan tidak, tatkala set stupa dibawa masuk, auranya cukup kuat dan bertambah bara apabila melihat dua watak utama kembali ke pentas lengkap dengan kostum dari teater muzikal.
Di situlah kekuatan jenama tersebut yang masih diingati penonton sejak 10 tahun yang lalu.
Secara kesimpulan, penulis tidak terlalu mengagung-agungkan persembahan berskala konsert lagenda mistikal ini namun tidak juga terlalu merungut.
Ada harapan oleh mereka yang hadir ke Istana Budaya tidak sepenuhnya dipenuhi seakan-akan sebenarnya produksi Enfiniti boleh melakukan lebih lagi dari apa yang sudah ditonton.
Ini kerana, penonton setia masih mengharapkan produksi kembali dengan versi teater muzikal yang telah sebati dalam sanubari mereka. Sedang yang dipersembahkan adalah sebuah konsert yang lebih moden bunyinya.
Perasaan itu seperti kehausan di bawah matahari terik, yang kemudiannya dihidangkan sebuah gelas yang hanya separuh airnya. Sekadar membasahkan tekak, namun belum hampir memenuhi nikmat.
Andai kata hayat pementasan konsert ini dipanjangkan lagi ke tahun ke-20 atau pun tahun ke-30, pakej memasarkan konsert ini perlu dibuat dengan lebih teliti.
Pakejnya perlu sentiasa disegarkan dengan bunyi-bunyi baru oleh penyanyi generasi baru kerana untuk meneruskan ingatan generasi mendatang, penyanyi terpilih perlu dekat dengan penonton generasi baru.
Barulah hayat jenama Puteri Gunung Ledang berpanjangan sampai bila-bila.
Mariah Ahmad
Sun Mar 22 2015

Konsert Puteri Gunung Ledang - 'Rebirth of The Legend' berlangsung di Panggung Sari Istana Budaya Kuala Lumpur bermula 20 hingga 24 Mac - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.

100 Top Young CEO: AC Mizal, Syamsul Yusof antara penerima anugerah 'Most Outstanding CEO'
Bagi dua penerima anugerah, mereka berharap kejayaan ini menjadi sumber inspirasi kepada anak muda yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

ATNMY: Ajoi Zainal peserta pertama layak ke episod akhir
ATNMY merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia tanpa sebarang had umur bermula malam ini.
.jpg)
Lebih 1,000 hadir majlis tahlil arwah Abam
Mana tidaknya, selepas 18 hari arwah meninggalkan kita semua, malam tadi, lebih 1,000 orang hadir ke Majlis Tahlil yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

MLM 2019: Inul, Lisa Surihani diberi kepercayaan jadi juri tetap
Kali ini ratu dangdut Indonesia, Inul Daratista diberi kepercayaan untuk menjadi juri tetap bagi mengadili peserta-peserta MLM2019.

Anggota 4U2C, One II meninggal dunia akibat tibi
Datuk AC Mizal berkongsi berita sedih pemergian anggota 4U2C, One II ke rahmahtullah pada Selasa

Maharaja Lawak Mega 2018 buka gelanggang
Tiada penyingkiran untuk minggu pertama MLM 2018 yang menampilkan 14 peserta semuanya.

Fad Bocey tepati ramalan, juarai Super Spontan Xtravaganza
Yeay! Tahniah Fad Bocey, RM100,000 milik anda!

Ganti AC Mizal jadi hos, Kamal Adli teruk dikritik
Pelakon Kamal Adli telah menerima kritikan netizen apabila menggantikan Datuk AC Mizal sebagai pengacara program Super Spontan Extravanganza (SSX) yang berlangsung malam tadi.

Amirul Agam dipilih sebagai Geng Baru Gegar!
Muhamad Amirul Agam Iryadi, 26 tahun, dari Ampang, Selangor menjadi pilihan juri dan pendengar radio Gegar sebagai penyampai baharu stesen Permata Pantai Timur.

AC Mizal, Utusan gagal selesai saman secara mediasi
Kes tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan yang ditetapkan dari 13 hingga 16 Feb 2017.